Home | Visi dan Misi | Lagu Madu Khaula | FAQ Kesihatan | Berita Foto | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

PASTIKAN MEMBELI MADU BERLOGO KHAULA
newbottle2.jpg
HARGA; RM60.00 SEBOTOL (~1000 GRAM)

ASSALAMU'ALAIKUM
**********************************
Pengurusan KHAULA TRADING SENDIRIAN BERHAD (KTSB) mengucapkan terima kasih kepada semua Agen Negeri, Stokis dan Pengedar serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan Program Seminar dan pelancaran Produk Madu Khaula tempoh hari.
 
Hasil daripada seminar tersebut, sambutan terhadap Madu Khaula melonjak tinggi dan di luar dugaan pihak Khaula Trading. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Madu Khaula. Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala kebaikan dan seterusnya memberi faedah dan manfaat kepada kita semua.
**********************************
Ini adalah Laman Web Rasmi MADU KHAULA- Madu Berkualiti Gred A dari pergunungan Azarbayjan, Iran. (KLIK SINI untuk Bukti Gred A)

Kami akan memperkenalkan kepada anda keunikan dan keaslian serta khasiat Madu Khaula yang berasal dari Wilayah Azarbaijan, Utara Iran. Ikuti PENGEMBARAAN KHAULA DI BUMI AZARBAYJAN, IRAN (Klik untuk foto) 

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia".

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)

Khasiat Madu KHAULA ini sesuai untuk mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak,tyroid dan kencing manis.  Sila baca testimonial.

Cara Pemakanan Madu Khaula yang disyorkan hasil daripada testimoni (Klik DI SINI) !!!
 
MADU KHAULA DIJAMIN MENGANDUNGI KANDUNGAN GULA SUKROSA KURANG 5% DAN KANDUNGAN LEMBAPAN KURANG 17.5% (MADU GRED A MENGIKUT PENGKELASAN INTERNATIONAL HONEY COMMISION (IHC)
 
Khasiat yang boleh diperolehi dari Madu KHAULA:
  • Ianya memberi tenaga positif dalam aliran darah
  • Ianya mampu menyerap lembapan dalam organ badan
  • Meningkatkan tenaga oksigen yang baik
  • Membersihkan usus
  • Mengeluarkan angin/gas dalam badan
  • Membaiki sel-sel yang rosak
  • Memelihara dalaman dan kesihatan wanita
  • Memelihara kesihatan dan tenaga lelaki
  • Melancarkan edaran darah dan membersihkan saluran yang tidak bersih dalam darah
Ia juga dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengimbangkan diet badan
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".
 
Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Madu lebah menjadi penawar untuk berbagai penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua. Wallahu'alam.
 
Bagus untuk wanita mengandung dan bayi
Hanya gunakan sudu plastik/kaca/kayu
Jangan disimpan dalam peti ais
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi,
 
KHAULA TRADING
Jalan 2/16, Dataran Templer,
68100 Bandar Baru Selayang,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
fon.gif

03-61311252 / 019-2142858

NAK BELI, NAK JADI PENGEDAR ATAU NAK TANYA KHAULA TRADING, ISI BORANG DI BAWAH DAN KLIK SUBMIT FORM
 
 
 

Nama:
Email:
Handphone:
Dari Mana:


Bacaan Lanjutan:
1.Jarvis,D.C. MD, Rawatan Penyakit Dengan Keajaiban Sari Epal & Madu.Penerbit Al-Hidayah 1996
2.Ahmed Lathiff,M.F. Madu Lebah Penawar Penyakit Zahir & Batin.Penerbit Darul Nu'man 2000
3.Abdullah Al-Qari,Hj Salleh, Ensiklopedia Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah.Penerbit Al-Hidayah, Cetakan Kedua 2004

 
DOWNLOAD ARTIKEL (Right-click Mouse Over The Link below, Save Target As...)
 
new.gif

elly.jpg

Iklan Madu KHAULA yang mengandungi senarai stokis dan pengedar serta testimonial dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi 28 Januari 2005
 
 
 
 
**************************

cvr_i.jpg

KHAULA dalam Ruangan Usahawan Muslim bertajuk "Khaula Mohd Farouk: Mencari Madu Sehingga ke Iran". Dapatkan Majalah i Terbitan Karangkraf Keluaran Januari 2005.
 
 
 
 
DIPERLUKAN!!!
 
Individu Yang Komited, Bersemangat dan Bermotivasi Tinggi Untuk Menjadi STOKIS DAN PENGEDAR Madu Khaula Di Negeri-Negeri Berikut:
  • P.Pinang
  • Perlis/Kedah
  • Melaka
  • Sabah
  • Perak 

Sila hubungi Khaula Trading, 03-61311252 (Puan Lina) atau email ke: khaulatrading@yahoo.com

PENGENALAN PRODUK MADU ASLI KHAULA
 
Produk Madu KHAULA merupakan madu asli yang diimport terus dari Republik Islam Iran dan dipekkan di sana untuk dipasarkan di seluruh Malaysia. Ia adalah sejenis madu yang dihasilkan dari kepekatan manisan beratus-ratus jenis bungaan di Azarbayjan iaitu di kawasan pergunungan utara Iran. Di sana merupakan tempat kawasan pemeliharaan lebah yang terkenal dan dikenali  sebagai Sabalan Shahd Honey.
 
Iklim di kawasan ini adalah kering dengan sedikit hujan dan bersuhu sederhana dingin. Suhu purata adalah 27°C (81°F) pada musim panas (di Ardabil lebih sejuk, 21°C, 70°F), dan -2° (28°F) pada musim sejuk (-20°, -4°F di Ardabil). Madu diproses secara semulajadi bagi mengekalkan mutu keaslian yang ada pada madu Iran ini. Madu ini telah disteril bagi menghindarkan bakteria semasa proses pengisian madu. Ia mempunyai warna yang cerah dan ada juga yang kelihatan gelap disebabkan oleh penukaran enzim semulajadi madu serta jenis bunga yang diambil oleh lebah.
 
Madu KHAULA ini merupakan manisan kesihatan untuk semua manusia menikmatinya dari anak kecil sehinggalah ke peringkat dewasa dan tanpa mengira apa jenis penyakit sekalipun boleh menikmatinya.Khaula Trading telah mengimport dua jenis kandungan iaitu mempunyai sarang dan tanpa sarang dan berat isi kandungannya ialah hampir sekilogram. Menurut sumber daripada tuan punya madu Iran ini, keturunan mereka iaitu dari nenek moyang mereka telah mengusahakan madu sejak dari zaman berzaman termasuk semasa zaman Rasulullah SAW. Alhamdulillah.
 
Keistimewaan madu KHAULA ini adalah ia merupakan cairan yang dipungut dari bunga pergunungan dan diproses oleh lebah yang terbang di kawasan tinggi (Insya Allah terjamin bersih) dan tempat -tempat persinggahannya juga merupakan bunga-bunga yang bersih disebabkan ia tumbuh di kawasan pergunungan yang bersih dari kekotoran bumi dan debu. Madu, zatnya bersih maka ianya juga bersifat membersihkan organ dalaman manusia yang memakannya. Ini kerana kesahihan madu sebagai salah satu ubat dari pelbagai ubat sudah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah. Di sini jelaslah bahawa tidak perlu dipertikaikan lagi tentang keistimewaan madu yang dihasilkan oleh lebah. Madu itu selain daripada minuman berkhasiat yang paling bersih iainya juga merupakan warisan suci peninggalan perubatan para nabi.
 
Madu yang telah diproses oleh lebah itu sebenarnya sudah menjadi bahan yang tidak perlu diproses lagi, ini kerana ianya terus melakukan tugasnya di dalam perut tanpa memerlukan bantuan organ lain untuk mencernakannya. Ini kerana segala khasiat dan zatnya sudah dicernakan oleh lebah sendiri dan ianya boleh terus digunakan oleh badan. Makanan lain selain madu tidak dapat menyimpan vitamin secara kekal kerana tiada sifat yang tersendiri seperti madu yang mampu menahan dari kerosakan. Di dalam madu terkandung pelbagai vitamin seperti Vitamin A,B,C,D,E,K dan lain-lain vitamin yang apabila bersatu boleh menjalankan pelbagai tugas rawatan pada tubuh manusia. Di samping kaya Vitamin C, madu juga kaya dengan mineral (iaitu 12 komposisi mineral di dalam madu menyamai komposisi darah manusia), enzim, protin, glukos, asid amino dan asid folik yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Oleh sebab itu sesiapa yang mengamalkan madu, Insya Allah akan dihindarkan dari segala penyakit yang berbahaya.
 
Secara kesimpulannya, madu bukan sahaja sebagai minuman dan makanan tambahan untuk tubuh badan manusia tetapi ianya juga bahan untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit manusia. Oleh itu benarlah kata-kata Allah bahawa berubatlah dengan Al-Quran dan madu. Wallahu'alam.

Date
Occasion
Location

Januari - Mei 2005
Setiap hari

new.gif
PROMOSI MADU KHAULA DI DANGA BAY JOHOR BAHRU
Promosi Madu KHAULA oleh Stokis Johor Bahru, En Syed Hamid diadakan di dua lokasi di Danga Bay, Johor Bahru bermula Januari hingga Mei 2005. Dijemput orang ramai sekitar Johor Bahru menikmati khasiat Madu KHAULA. H/p Syed Hamid 012-7128134
Danga Bay,
Johor Bahru

AHAD
28 Nov '04
2-5pm

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DI RESTORAN NELAYAN TITIWANGSA
Khaula Trading dengan sukacitanya menjemput semua pengedar, stokis dan agen stokis negeri dan keluarga ke Restoran Nelayan Titiwangsa pada Hari Ahad, 28hb November 2004 (Bersamaan 15 Syawal 1425 Hijrah) bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis akan bermula pada jam 2 - 5 petang. Duta madu KHAULA, Sdr SHEQAL akan hadir bersama untuk turut memeriahkan suasana.

Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa,
Kuala Lumpur

30 Okt - 7 Nov
Setiap hari
 

MADU KHAULA DI KARNIVAL USAHAWAN DESA 2004, STADIUM BKT JALIL
Pengedar kawasan Klang, Pn Adibah dan suami Mohd Khir berada di Gerai No. 92B untuk mempromosikan Madu KHAULA sempena Karnival Usahawan Desa di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 30 Oktober hingga 7 November 2004.Gerai dibuka dari 10 pagi hingga 12 tgh malam. Datanglah beramai-ramai untuk merasai kesucian dan kemurnian Madu KHAULA.

Tapak Letak Kereta,
Stadium Nasional, Bkt Jalil

10 Okt
2004

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WAKIL SABALAN SHAHD CO, IRAN
Majlis Ramah Mesra dan Sambutan menjelang Ramadhan bersama wakil pengeluar Madu Khaula, Sabalan Shahd. Co, Azarbaijan, Iran , En Souraj Oftadeh di Restoran Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang pada hari Ahad, 10 Oktober 2004. Telah dihadiri oleh para jemputan awam, Pengedar, Stokis dan Agen Stokis Negeri.

Restoran Rumpun Selera,
Bandar Baru Selayang

Berminat untuk mendapat khasiat Madu Asli Khaula
 
Hubungi segera melalui telefon atau isi borang di atas

Khaula Trading *Jalan 2/16, Dataran Templer
* 68100 Bandar Baru Selayang * Selangor* Malaysia*
Tel: 03-61311252 / 019-2142858