Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Apa Kata Orang Ramai...

Sejak bulan Februari ’04 sehingga sekarang, saya sekeluarga mengamalkan minum Madu Khaula, iaitu kira-kira 3-4 botol dalam sebulan. Sebelum ini kami tidak kenal madu lebah. Di dalam testimonial saya sebelum ini , madu ini banyak membantu masalah alergik di tangan saya, resdung dan membantu lebih kreatif berfikir serta menambah keyakinan diri.
                                                                          
                                                                          -Dr. Nor’Izam, Doktor Pakar H/p 019-7060778
 
 
Keluarga kami memang mengamalkan madu lebah, iaitu madu tempatan. Bila saya di perkenalkan dengan madu dari Negara Iran ini dan saya di fahamkan akan khasiat dan kualitinya, saya sangat menyokong usaha supaya madu ini dapat di nikmati oleh setiap orang.                                  
                                                                         -Dr. Abdullah, Doktor Pakar  H/p 013 -7838686

 
Madu memberi kekuatan mental dan fizikal. Mencegah dan merawat banyak penyakit. Pernah alami appendicitis, alhamdulillah sembuh dengan madu ini. Minumlah tanpa keraguan, yang tinggi khasiat untuk semua. Saya dan isteri yang juga seorang doktor perubatan telah pun menjadi stokis Madu Khaula ini untuk daerah Muar dan juga Jasin, Melaka. Bukan wang menjadi ukuran tetapi dapat berkongsi khasiat madu ini .
 
                                                                   -Dr. Hisham, Doktor Perubatan H/p 019-3245942

 
Isteri saya telah mengamalkan Madu Khaula ini sejak dua bulan yang lalu, Sept’ 04 dan saya dapati beliau lebih bertenaga serta saiz tiroid ( goitre) semakin kecil. Madu lebah adalah satu sunnah nabi SAW. Secara peribadi saya ikhlas menyokong penggunaan Madu yang berkualiti ini.
 
                                                                                     -Dr Mohd Yusri, PhD. H/p 019-7200271

 
Setelah salah seorang dari pengguna saya yang mengamalkan Madu Khaula ini telah di sahkan oleh doktor iaitu fibriod telah sembuh tanpa pembedahan, lebih menyakinkan kami terus melibatkan usaha murni ini walaupun secara sambilan, kini kami stokis bagi Hulu Selangor ( Serendah)                                    
 
                                              -En. Abd. Nasir, Akauntan Syarikat Swasta. H/p 019-2126339

 
Saya bermula dengan menjadi stokis Madu Khaula ini pada penghujung tahun 2003 di Kuala Terengganu, alhamdulillah kini saya menjadi agen untuk negeri Pantai Timur. Kualiti , ketulinan dan maklumat keberkesanan madu dari stokis serta pengedar-pengedar saya , menguatkan lagi azam saya untuk bersama pihak Syarikat Khaula Trading memajukan usaha ini.
 
                                                           -Dr. Hasnan, Pengamal Perubatan. H/p 019 9149484

 
Pada bulan mei 04, saya dikenalkan madu Khaula ini. Memang telah termaktub dalam al Qur’an, an nahl ayat 68-69, akan khasiat madu lebah sebagai penawar. Bila saya di maklumkan akan kualiti dan setelah menggunakannya , saya terus menawarkan diri menjadi stokis untuk Johor Bahru. Semasa belajar di Jordan, saya di maklumkan akan madu Iran ini, alhamdulillah akhirnya berjumpa pula di Malaysia
 
                                                                                         -Ust. Zaini, J.Bahru H/p 019 7764996
 
Kami yakin madu sebagai penawar dan dengan kualiti madu khaula ini berbanding madu-madu yang di jual di kaki lima, saya dan suami yang juga doktor perubatan melibatkan diri untuk mengedarkan madu ini dan telah terbukti berkesan kepada pesakit-pesakit saya terutama penyakit alahan dan asthma.

                                                            -Dr. Zaleha/ Dr Azlan, Stokis Kulai . H/p 012 7603871

 
Saya terus menyokong usaha memperkenalkan madu Khaula ini kepada orang ramai, khususnya orang Islam walaupun saya tidak terlibat secara langsung. Pada asalnya saya di tawarkan dan memang berminat menjadi stokis di Kuching, Sarawak, memandangkan kesibukkan saya, saya tidak dapat memberi tumpuan. Saya tetap menyokong Sdr A.Rahman yang menjadi stokis di Kuching
 
                                              Dr.Hazlan, Pengamal Perubatan, Kuching. H/p 0128839990
 
 
Keyakinan terhadap madu sebagai penawar sepatutnya telah ada di dalam setiap pemikiran setiap muslim. Cuma kita keliru dengan ketulinan dan kualiti madu yang ada di pasaran. Saya sangat menyokong madu yang berkualiti ini yang juga di hasilkan dari negara Islam.
 
                                                   -Dr.Mohd Arbaie, Pengamal Perubatan H/p 019 7864350
 
 
Saya telah melihat dan merasai madu ini hanya pada aidil fitri, 04. Rasanya yang enak berbanding madu tempatan dan bila di tunjukkan ketulinan secara manual , memang menarik minat saya untuk mengamalkannya dan insyaAllah mengedarkannya untuk di kongsi oleh orang lain.
 
                                                 En. Omar , Akauntan Badan Berkanun H/p 019 3759338

 
Sebelum ini amat jarang meminum madu lebah malah di akui tidak kenal dengan khasiat madu. Alhamdulillah kini berkat usaha di bantu oleh isteri saya yang juga doktor perubatan, saya berusaha memperkenalkan Madu Khaula yang berkualiti antarabangsa ini untuk seluruh Johor termasuk Singapura serta Sarawak. Saya menyeru kepada anda sekelian supaya kembali mengamalkan sunnah Nabi SAW ini dan yakin dengan janji Allah , madu sebagai Penawar.
                                                 
                                                       -Dr.Yusof Abas, Pengamal Perubatan H/p 012-7359094
 
 
Semasa saya mula-mula membaca iklan madu Khaula di Harian Metro pada Jun 2004, tanpa berfikir panjang saya terus menggesa suami untuk menjadi stokis madu ini. Apabila merasai madu Khaula dengan rasanya yang unik dan aroma bunga yang memikat di samping khasiatnya kepada saya, suami dan anak-anak saya, keyakinan saya terhadap madu Khaula bertambah kukuh sehingga kini.
 
                                                       -Roslimah Saat, Pegawai Pendidikan H/p 016-6813328
 
*************************************************
Download Artikel: apakataorangramai.doc
(Right-click mouse over the link, Save target as..)