Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Soal Jawab Madu

Soalan Yang Sering Ditanya-Madu dan Kesihatan
[Semua jawapan disusun oleh Saudagar Madu berdasarkan pengumpulan maklumat dan pengalaman. Semua kenyataan dalam Laman Web ini tiada kaitan dengan syarikat pengeluar madu ini]

Apa itu Madu Khaula ?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh QS Khaula Holding Sdn Bhd secara terus
dari Republik Islam Iran. QS Khaula Holding Sdn Bhd memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
 
Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis di
makmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A/Kelas Pertama. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.
 
Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai
aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.
 
Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 3 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah, tanpa sarang lebah dan madu kiub seberat 25g. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.
 
Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan ditempat yang  biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.
 
Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula.
Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.
 
Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.
 
Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
8. Mudah didapati.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.
 
Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa
dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus
kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.
 
Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula ?
Khaula Trading memasarkan 3 bentuk pembungkusan madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati
gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!
Sila baca Buku DC Jarvis (MD), Bab 9 untuk maklumat lanjut.
 
**********************************************************************************
SOALAN LAZIM TENTANG MADU LEBAH
Sumber:http://bahterayubalams.tripod.com/
 
S: Adakah menguji madu dengan  menggunakan kuning telur atau mancis api dapat menentukan madu itu asli?
J: Ya tapi tidak semestinya kerana
1.panas telur boleh menjadikan telur setengah masak.
2.batang mancis yang dicelup madu masih dapat dibakar kerana masalah kekentalan, maka perlu waktu yang lama untuk meresap keseluruh bahagian batang mancis itu tadi.
 
S: Bagaimana penjelasan tentang semut yang masih mendatangi madu?
J: Semut datang kerana aroma manis dari madu tetapi tidak memakannya, selain itu sering dikatakan semut tidak mendatangi madu adalah madu yang masih di dalam sarang.
 
S: Bagaimana pula tentang madu yang ‘meletup’?
J: Madu yang meletup biasanya terjadi pada madu yang masih muda kerana terjadi fermentasi yang disebabkan oleh masih tingginya kadar air pada madu tersebut.
 
S: Bolehkah mengidap penyakit kencing manis minum madu?
J: Ia bergantung jenis pada darah pesakit berkenaan.
 
S: Cara minum madu yang baik?
J: Campurkan madu dan air sejuk atau suam dengan secukup rasa, minum 2 kali sehari.
 
S: Bagaimana penyimpanan madu yang baik?
J: Madu disimpan di tempat yang kering dan bersuhu sederhana. Jangan disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana terdapat enzim-enzim yang hidup dalam madu, jika disimpan di tempat yang terlalu pasan atau sejuk, enzim tersebut akan mati dan khasiat madu akan hilang.
 
S:Berapa lama madu boleh disimpan?
J:Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.
 
KANDUNGAN UMUM MADU LEBAH
CONTENT OF HONEY
 
Air/ Water                       16-25%
Clevulose & Dextosure     75-83%
Sukros/ Sucrose                  5%
Dextrin, Maltose, Gum      1-12%
Galian/ Minerals               0.25%
Lain-lain/ Others               20.75%

One Nusantara Trading * KIP Seafield, Jalan 6/1,
* 47610 Subang Jaya * Selangor* Malaysia*
Tel: 03-80259675 / 016-3055948