Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

HARGA MADU KHAULA RM85 (BIASA) dan RM90 (MADU SARANG)
**************************************************************


Terima kasih kerana melayari Laman Web Madu Khaula ini.

Madu Khaula ini telah berada di pasaran sejak 2004 iaitu sejak saya jual madu ini.

Tentu ada yang istimewa tentang madu ini yang menyebabkan para pengguna terus menaruh kepercayaan kepada khasiat Madu Khaula. Silalah terus membaca artikel-artikel di dalam Laman Web ini.Terima kasih atas sokongan anda selama ini.Mudah-mudahan semua telah mendapat faedah.

Madu KHAULA Dalam Botol Yang Asli
botolbaru.jpg
Madu Tanpa Sarang RM85, Madu Bersarang RM90

SEJARAH KHAULA TRADING TERCIPTA
**********************************
Sejarah baru tercipta pada 10 Muharram 1426 Hijrah bersamaan 19 Februari 2005 yang lalu apabila Syarikat Khaula Trading Sendirian Berhad (KTSB) [Sekarang QS Khaula Holding Sdn Bhd] dengan rasminya melancarkan produk Madu KHAULA di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Baling, YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. Majlis gilang gemilang itu dimulakan dengan acara Seminar Madu pada sebelah pagi dan disambung dengan acara perasmian di sebelah petang. Seramai hampir 100 orang stokis dan pengedar telah hadir untuk sama-sama memberikan sokongan padu kepada KTSB. **********************************
Notis: Ini Adalah Laman Web Peminat MADU KHAULA- Madu Berkualiti Gred A dari pergunungan Azarbayjan, Iran. (KLIK SINI untuk Bukti Gred A)

Kami akan memperkenalkan kepada anda keunikan dan keaslian serta khasiat Madu Khaula yang berasal dari Wilayah Azarbaijan, Utara Iran.

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia".

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)

Khasiat Madu KHAULA ini sesuai untuk mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak,tyroid dan kencing manis.  Sila baca testimonial.

Cara Pemakanan Madu Khaula yang disyorkan hasil daripada testimoni (Klik DI SINI) !!!
 
MADU KHAULA DIJAMIN MENGANDUNGI KANDUNGAN GULA SUKROSA KURANG 5% DAN KANDUNGAN LEMBAPAN KURANG 17.5% (MADU GRED A MENGIKUT PENGKELASAN INTERNATIONAL HONEY COMMISION (IHC)
 
Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengimbangkan diet badan
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
Madu ini juga berfungsi sebagai
  • Anti-alergik
  • Anti-septik
  • Anti-anemia
  • Anti-ulcer
Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".
 
Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Lebah telah mendapat ilham dari Allah dan madunya dijadikan sebagai penawar untuk penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.
 

Nama:
Email:
Handphone:
Dari Mana:


Bacaan Lanjutan:
1.Jarvis,D.C. MD, Rawatan Penyakit Dengan Keajaiban Sari Epal & Madu.Penerbit Al-Hidayah 1996
2.Ahmed Lathiff,M.F. Madu Lebah Penawar Penyakit Zahir & Batin.Penerbit Darul Nu'man 2000
3.Abdullah Al-Qari,Hj Salleh, Ensiklopedia Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah.Penerbit Al-Hidayah, Cetakan Kedua 2004

Rencana di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada kaitan dan bukan pandangan syarikat pengeluar madu ini.

 

Salah Faham Terhadap Madu Lebah

 

oleh Dr Yusof Abas

 

Para pembaca yang budiman, saya ingin membuat pengakuan kepada para pembaca sekalian. Seumur hidup saya yang telah menjangkau umur 40 tahun ini, saya hanya pernah meneguk madu sebanyak beberapa sudu sahaja. Perasaan 'takut' minum madu ini sebahagian besarnya disebabkan rasa madu yang melekat dan perit di tekak saya. Pernah kami sekeluarga menyimpan madu yang berasal dari hutan Sarawak  selama dua tahun di rumah dan hanya suku botol sahaja yang diteguk. Walaupun yakin dengan kebaikan madu lebah tetapi  saya begitu sukar untuk meminumnya.

 

Namun begitu, Alhamdulillah, segalanya berubah selepas saya berpeluang minum madu dari Pergunungan Sabalan (sekarang dikenali sebagai Madu Khaula) pada penghujung bulan Januari 2004. Perbezaan ketara yang saya dapatkan rasakan ialah rasanya yang manis lunak dan tidak memeritkan tekak sebagaimana madu dahulu. Walaupun pada mulanya agak 'bercinta' juga untuk meminumnya disebabkan kemanisannya itu, namun setelah beberapa hari, kemanisan Madu Khaula ini bertukar menjadi semakin 'nikmat' dan akhirnya saya berupaya meneguk Madu Khaula ini tanpa perlu minum air kosong kemudiannya.

 

Maaf, bukanlah maksud saya untuk merendah-rendahkan madu hutan dan madu kampung kerana selagi madu itu tulin, ianya tetap menjadi penawar yang mulia sebagaimana yang Allah firmankan dalam Surah Al-Nahl: Ayat 68-69. Walau bagaimanapun, yang saya hendak jelaskan di sini adalah rasa dan warna madu tulin adalah berbeza-beza di mana sifat-sifat madu ini di pengaruhi oleh kandungan mineral dan air di dalamnya. Selain daripada itu, jenis bunga-bungaan yang dipilih oleh lebah, jenis lebah dan tempoh matang madu tersebut dikutip, juga sangat mempengaruhi kualiti madu tulin.  Lebah yang menghisap manisan pelbagai jenis bunga (mungkin ratusan jenis bunga) akan menghasilkan madu yang lebih baik dan berkualiti tinggi berbanding lebah yang cuma menghisap manisan dari beberapa jenis bunga yang terpilih sahaja.

 

Para pengkaji dan pakar lebah telah mengesahkan bahawa lebah pergunungan yang mempunyai saiz yang besar, mempunyai keupayaan yang tinggi untuk terbang jauh mencari bunga-bunga dan lebih rajin berbanding lebah yang bersaiz kecil seperti lebah hutan. Kualiti bunga-bungaan di tanah tinggi pergunungan juga berbeza berbanding pokok-pokok hutan, pohon-pohon kelapa dan pokok buah-buahan. Fenomena ini berlaku kerana kebanyakan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah dari jenis yang hanya mengeluarkan bunga tetapi tidak mengeluarkan buah. Kandungan mineral dan hormon dari pokok yang berbunga dan menghasilkan buah adalah berlainan dengan pokok-pokok yang hanya berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Ini  mempunyai kaitan dengan manisan bunga yang dihisap oleh lebah di mana manisan dari bunga yang tidak menjadi buah adalah lebih baik dari bunga yang akhirnya akan menjadi buah. Ini adalah fakta. Sifat tabi'e lebah pergunungan yang membuat sarang-sarang di celah-celah batu dan tanah berbanding lebah hutan yang membuat sarang di dahan-dahan tinggi juga adalah sesuatu yang menakjubkan dan berlainan sama sekali.

 

Para pembaca yang bijaksana, berbalik kepada kisah pengalaman saya. Saya adalah di antara contoh orang-orang yang 'liat' untuk meminum madu sebelum ini dan sebahagian besar kita pula meminum madu dengan dibancuh bersama-sama air. Sebenarnya ini cara yang tidak digalakkan untuk meminum madu. Nanti saya akan jelaskan sebab-sebabnya. Setelah 'berkenalan' dengan Madu Khaula ini, saya berusaha untuk mendalami pengetahuan tentang madu lebah. Di antara perkara-perkara baru yang saya ketahui ialah beberapa ahli sains Eropah telah mendapat ijazah kedoktoran PhD dengan mengkaji madu lebah sahaja! Saya juga baru mengetahui bahawa madu lebah ini mempunyai standard piawaian antarabangsa, Standard Amerika  dan Standard Eropah ( American Foul Brood and Europe Foul Brood) untuk menentukan kualiti madu lebah.  Malaysia dan negara-negara sebelah Timur sebenarnya jauh ketinggalan dari segi pengeluaran madu di samping kajian-kajian terhadap madu lebah berbanding pengeluar utama madu lebah dunia seperti Amerika, China, Eropah dan beberapa negara Amerika Latin.  Kajian mereka bukan sekadar terhadap kandungan air, keasidan, jumlah gula ringkas, tahap HMF (hydroxymethylfurfural), kajian paras bendasing ( seperti gula tebu,gula merah,kimia pemekat dan kimia pewarna) malah kualiti sarang dan penyakit-penyakit lebah juga diambil kira. Lebah juga seperti serangga lain  terdedah kepada pelbagai penyakit. Saya difahamkan pembekal  Madu Khaula ini amat mahir tentang kehidupan lebah gunung dan mahir pula tentang penjagaan kualiti sarang-sarang lebah.

 

Madu hutan seperti dari negara kita  mempunyai paras kandungan air yang tinggi iaitu sekitar 22% - 35%. Rasanya yang 'perit' sebenarnya adalah disebabkan oleh kandungan air yang tinggi. Ini ada kaitan dengan purata hujan di negara kita yang tinggi, kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau belerang yang lebih tinggi. Saya akan mengupas lanjut tentang perkara ini dalam artikel akan datang bertajuk 'Madu lebah dari kajian makmal'. Di sini saya ringkaskan bahawa apabila kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi peminum madu ini di mana badan akan lekas terasa panas. Tembaga atau kuprum (Cu) adalah mineral  yang membekalkan haba dalaman (internal heat) pada badan . Para pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut di dalam laman web. Sila buat carian dalam Enjin Pencari (Search Engine) yang bertajuk 'copper in your home'. Di antara isi kandungan artikel tersebut menyatakan, "... copper is catalyst that helps certain foods make hemoglobin in our blood and also the catalyst for the function of critical enzymes in our metabolism." 

 

 

Pada hemat saya, inilah sebab utama mengapa madu hutan ini tidak di datangi semut, kerana wujudnya bahang haba madu tersebut. Semut adalah serangga yang mempunyai deria  yang amat sensitif. Semut tidak mendatangi air manis biasa yang bersuhu melebihi 34 darjah Celsius (C) . Hanya setelah suhu air itu turun kepada suhu bilik, barulah semut akan menghurungi air manisan tersebut. Dari pengalaman saya, madu tulin dari hutan Sarawak tidak di hurungi semut. Manakala kandungan sulfur yang tinggi ini akan menyebabkan putih telur menjadi separuh masak jika di gaulkan bersama madu hutan ini. Mengikut pengalaman pengamal perubatan tradisional, antara sebab lain madu hutan dicampur dengan telur ialah untuk mengurangkan 'kepanasan'nya  selain untuk menambahkan zat-zat  dari telur tersebut. (Telur tinggi kandungan protin dan kolesterol). Namun begitu berbeza dengan madu dari pergunungan yang tidak perlu diadun lagi dan sebaiknya diminum begitu sahaja. Bagi saya madu lebah telah lengkap penghasilannya dari perut lebah.

 

Kita juga biasa melihat buih-buih yang wujud di permukaan atas botol yang mengandungi madu hutan. Fenomena ini disebabkan kandungan airnya yang tinggi, maka berlaku tindakbalas kimia antara air dan mineral yang sedia ada di dalam madu tersebut.  Saya mempunyai pengalaman tersendiri di mana madu ini 'meletup' apabila penutup gabusnya dibuka.

 

Dari penerangan di atas, adalah tidak tepat sama sekali jika madu pergunungan ini disamakan cara penentuan keasliannya seperti madu hutan. Madu hutan secara tradisionalnya disahkan keasliannya apabila tidak dihurungi semut dan putih telur menjadi separuh masak jika digaul. Oleh kerana madu dari pergunungan ini merupakan sesuatu yang baru bagi orang-orang Melayu mengenalinya, penjelasan secara betul perlu dibuat di mana madu hutan dan madu gunung adalah jauh berbeza dari sifat dan kualitinya. Saya ulangi di sini; saiz lebah yang berbeza, tempat lebah bersarang juga berbeza, kualiti bunga-bungaan yang berbeza malah kemahiran mengambil madu matang juga mesti diambil kira untuk membezakan kedua-dua jenis madu.

 

Selanjutnya, di antara salah faham yang ketara ialah di mana madu lebah sering dilihat lebih kepada untuk merawat tetapi tidak dilihat sebagai makanan tambahan.  Kita perlu tahu bahawa terdapat lebih dari 15 jenis bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah yang belum diberikan nama dan belum ada saintis yang boleh menamakannya.  Ramai ahli sains Eropah terutamanya dari Russia membuat kajian yang mendalam terhadap madu termasuk oleh beberapa pakar perubatan mereka. Madu adalah  penawar yang telah dikenali oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu tetapi kita perlu sedar ianya adalah pemakanan yang hampir lengkap dan seimbang kandungan zat-zat nya. Ramai dari kita tahu, madu lebah adalah amalan dan sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi kita jarang dan sukar pula untuk mengamalkannya. Kemungkinan berlaku perkara ini adalah kerana kesangsian yang tinggi terhadap ketulinan madu.

 

Dalam era kemajuan bidang sains dan teknologi sekarang, banyak kajian telah dilakukan oleh ahli sains terhadap madu. Marilah kita merujuk kepada  kaedah terkini sebagai panduan menentukan KETULINAN madu di mana kandungan peratusan air, sarang bebas dari penyakit dan beberapa parameter yang lain menjadi ukuran. Sebagai  contoh, Standard Piawaian Amerika mengkelaskan madu Gred A adalah madu yang mempunyai kandungan air 10-16%. Madu Gred B, kandungan air 17-20% manakala madu Gred C dan Gred D terkeluar dari madu yang berkualiti walaupun dikatakan tulin.

 

 

Madu Khaula yang pernah di uji di UNIPEQ, UKM pada 2001 mengandungi kandungan air sebanyak 15.3% sahaja iaitu mengikut Piawaian Amerika di kategorikan sebagai madu GRED A !!! Madu dari hutan Sabah juga pernah diuji di mana kandungan air ialah 23%.  Saya ingin menegaskan sekali lagi kepada para pembaca budiman; madu yang tulin mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Apabila kualitinya berbeza maka kesan dan nilai perubatannya kepada kita tentulah juga berbeza. Isu kualiti ini menjadi lebih ketara bagi madu yang telah bercampur dengan bahan asing seperti gula merah, kurma atau buah-buahan lain yang dikisar malah ada yg mengaulkan dengan bahan kimia untuk melikatkan dan mengawet madu. Tentulah rendah mutu madu tersebut selain telah menipu pengguna.

 

Beberapa kaedah manual menentukan ketulinan madu boleh dijadikan panduan seperti madu yang asli tidak telus jika dititik di atas kertas dan kekal seperti manik-manik,  tiada mendakan di dasar botol, kepekatan yang homogenus, membentuk sarang lebah jika disapu rata di atas badan seperti di muka, kulit tangan serta tidak melekit. Bentuk seakan-akan sarang lebah juga terhasil jika madu dicampur sedikit air di dalam mangkuk putih lalu dipusing ikut pusingan jam. Sifat lambat larut di dalam air juga boleh digunakan. Semua kaedah ini boleh di jadikan panduan bagi menentukan ketulinan madu.

 

Madu KHAULA Azarbayjan
botolbaru2.jpg
Harga RM60.00 (Biasa) RM65.00 (Madu Bersarang)

RUANGAN ARKIB BERITA DAN ARTIKEL

Berminat untuk mendapat khasiat Madu Asli Khaula
 
Hubungi segera melalui telefon atau isi borang di atas