MUSUH JANGAN DICARI, TEMAN SENTIASA DINANTI
Terlebih dahulu, saya memohon berbanyak-banyak maaf, kerana agak lama menyepi dari menulis di ruangan ini, terlalu cepat
masa berlalu, rupanya sudah setahun di mana artikel pertama saya di tulis pada Ogos 2004. Selain dari kesuntukan masa,
saya juga banyak bergantung kepada ‘aura’ dan mood, bila mana auranya bagus, saya akan lebih cenderung
untuk menulis atau melukis. Bukan hangat-hangat tahi ayam, apatah lagi untuk kita meneruskan perjuangan untuk
memperkenalkan madu Khaula kepada orang ramai, sifat hangat-hangat tahi ayam akan menggagalkan atau melambatkan usaha
murni setiap dari kita yang terlibat dengan madu Khaula.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan baru bila mana kedengaran iklan madu Khaula di Radio
IKIM. Alhamdulillah ianya satu usaha mudah dan terkini untuk memperkenalkan madu Khaula kepada khalayak. Memang diakui,
cabaran dan ujian yang datang satu persatu untuk meletakkan madu lebah ini di persada masyarakat sekeliling. Dengan pengurusan
yang kini di terajui sendiri oleh Puan Khaula ketika ini dan kita tetap tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pengurusan
sebelum ini yang telah berusaha untuk memajukan syarikat, Alhamdulillah semua telah berjalan lancar walaupun sebagai manusia
biasa, perasaan di dalam sanubari masing-masing tetap tidak dapat dielakkan, InsyaAllah semuanya dengan ketentuan dariNya.
Kita berpegang kepada prinsip,berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali.
Dengan prinsip ini, Alhamdulillah semakin ramai teman dan kawan-kawan baru yang dapat kita kumpul antaranya sebagai
pengguna,pemasar dan sebagai pemborong. Madu Khaulalah yang menjadi media penyambung silaturrahim ini.
Bahan-bahan untuk membantu kita semua sebagai pemasar, pemborong dan pembekal hampir semua sudah ditangan, kini kita
sudah dibekalkan dengan pamplet, sale kits, stiker kereta, kain banting yang comel, Kumpulan Pemasaran Semerah Padi dan terkini
bengkel pemasaran di samping iklan-iklan berkala di akhbar, majalah dan di radio IKIM. Kita bertatih dan yakinlah Allah bersama
dengan orang-orang yang sabar apa lagi kita terlibat secara langsung dengan produk madu lebah yang Allah sebut di dalam kitab
suciNya.
Saya secara peribadi semakin terasa BANGGA berurusan dengan madu Khaula. Bagi saya, dengan izin Allah dan dengan
kesabaran kita, kita tunggu 2-3 tahun dari sekarang, saya percaya lebih dari separuh orang-orang Islam di Malaysia khasnya
akan mengenali madu Khaula. Dengan madu Khaula juga, di mana emel saya telah dapat dikesan oleh rakan sekolah lama saya, dan
bermula dari emel tersebut, kami seramai 26 orang rakan-rakan lama sekolah telah ditemukan semula pada 4 September 2005,
selepas terpisah selama 26 tahun semenjak tahun 1979. Madu Khaulalah antara penyebab kami menyambung silaturrahim.
Download artikel disini:
(Klik link di atas)