KAJIAN TERHADAP AIR DAN KAITANNYA DENGAN MADU LEBAH
Beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat satu kenyataan melalui sms yang berkaitan dengan
satu kajian oleh Dr. Masaru Emoto yang sejak tahun 1999 telah menulis buku yang bertajuk " message from the water" . Setakat
ini beliau telah menulis sebanyak tiga buah buku berkenaan air. Kajian
beliau terdapat di laman web: http://www.hado.net. Saya telah maklum akan kajian beliau ini kira-kira tiga tahun lepas. Buku-buku ini telah diterjemah ke dalam enam bahasa
dan telah terjual ratusan ribu naskah. Kajian beliau terhadap contoh-contoh air dari pelbagai sumber di mana air tersebut
telah di bekukan dan dikaji di bawah mikroskop serta gambar-gambar kristal air telah diambil dengan kamera khas. Laman web
di atas juga ada menunjukkan kaedah kajian beliau dan contoh-contoh gambar kristal air yang terbentuk. Dari kajian beliau,
didapati air memberi maklumat yang berbeza bila ia diberi stimulasi yang berbeza terhadap tulisan, suara, bunyi dan juga kontaminasi
terhadap air tersebut. Stimulasi ini juga beliau namakan sebagai vibrasi.
Ada pihak dari Malaysia telah membuat beberapa kajian
dengan Dr.M.Emoto, di mana gambar kristal air berubah menjadi teramatcantik bila perkataan bismillah dibacakan pada air tersebut,
begitu juga bila beberapa ayat al Quran ditulis di bekas air. Saya juga difahamkan air zam-zam juga telah diuji, hasilnya,
kristal terbentuk teramat cantik dan kukuh, ini diakui sendiri oleh Dr.M.Emoto. Sebelum ini, kajian yang beliau jalankan terhadap
air yang sama akan berubah bila perkataan " malaikat ' dan 'hantu' yang ditulis dalam bahasa Jepun. Kristal masih terbentuk
pada tulisan malaikat, tetapi pada tulisan hantu, kristal akan terpecah dan di tengah-tengah kelihatan seperti api. Gambar-gambar
kristal ini boleh anda dapati dari laman web di atas. Beliau telah banyak membuat stimulasi lain seperti muzik, perkataan
yang baik, perkataan yang buruk terhadap banyak sampel air . Saya difahamkan, contoh
air zam-zam telah diuji, kristal tidak berubah bentuk walaupun perkataan atau tulisan buruk seperti syaitan, hantu ditulis atau disebut.
Air memberi respon terhadap bahasa dan tulisan berbagai bangsa. Kita manusia tidak memahami bahasa
dan tulisan Jepun, tetapi air dapat 'memahami'. Ajaib?. Allah Maha Agung. Dr. M.Emoto juga ada membuat kenyataan, tubuh manusia
terdiri dari 70% dari air, begitu juga air meliputi 70% dari dunia. Hado dalam
bahasa Jepun bermakna vibrasi memberi kesan secara langsung kepada air di dalam
tubuh manusia. Jika perkataan maki hamun, mencarut, tengking herdik yang selalu manusia terima, maka kata beliau, air di dalam
badan manusia akan memberi respon yang tidak harmoni. Sebaliknya jika perkataan yang baik, maka air di dalam tubuh manusia
akan harmoni. Beliau menyatakan seolah-olah air samada di luar dan di dalam tubuh manusia 'mempunyai roh' yang boleh
memberi respon dengan stimulasi/vibrasi dari luar.
Saya yakin, bukan sahaja air yang boleh memberi respon terhadap stimulasi ini, malah setiap ciptaan
Allah yang lain yang ada di muka bumi ini. Cuma Dr. M.Emoto dapat membuktikan
secara saintifik terhadap air. Ciptaan Allah yang tidak bernyawa seperti
tumbuhan, udara,api, tanah, batu bata sebenarnya sentiasa berzikir kepada penciptaNya yakni Allah.
Bukan sahaja air di dalam badan manusia memberi respon , malah semua organ pada diri manusia. Cuba kita fikirkan air laut
mematuhi perintah Allah dengan tidak merobohkan banyak masjid ketika kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu. Begitu
juga laut merah terbelah dalam kisah Nabi Musa A.S, dan api tidak membakar Nabi Ibrahim A.S.
Dalam konteks air penawar yang dibaca ayat-ayat Al Quran untuk di jadikan ubat, sebagaimana pernah
Rasulullah SAW lakukan, jika dilihat dari kajian di atas, saya yakin air yang dibaca dengan ayat-ayat Allah ini memberi respon
yang harmoni. Saya pernah di
beritahu, seorang pemimpin negara pernah memperlekehkan seorang ulamak yang terkenal dengan gelaran
'ulamak jampi air', bila mana pemimpin politik itu diberitahu akan kajian yang pernah di jalankan oleh Dr. M.Emoto ini, beliau
mendiamkan diri dan mula berfikiran lebih terbuka.
Saya juga pernah terbaca satu artikel, seorang ibu yang setiap hari selama lebih dari sebulan menyuruh
anaknya meminum sedikit air zam-zam, di mana anaknya yang memang di kenali sebagai pelajar dungu di sekolahnya, menjadi pelajar
yang bijak dan kini sudah pun menjadi pensyarah bergelar doktor PhD. Begitulah peranan sumber minuman dan makanan yang masuk
ke dalam tubuh manusia. Jika yang diambil itu bersifat harmoni maka ia secara langsung akan memberi kesan kepada tubuh manusia.
Di dalam konteks air madu lebah pula, mari kita ulangi semula membaca permulaan ayat an-Nahl ayat 68,
yang bermaksud " Allah mewahyukan lebah.....". Antara tafsiran ayat ini , jelas
secara langsung Allah memberi ilham dan menyeru lebah untuk menghasilkan madu untuk kebaikan kepada manusia. Madu ialah minuman yang terdapat di syurga.
Begitu tinggi nilai madu jika dibandingkan dengan air. Jika air dibuktikan memberi respon kepada stimulasi persekitaran, saya
yakin madu berlebih-lebihlah lagi. Itulah sebabnya jika anda penjual madu, tidak minum madu, anda akan kurang berminat atau
tidak mampu untuk mempromosi kepada orang lain untuk menghirup madu.
Begitu juga elok jika diingatkan kepada para pengguna supaya membaca selawat dan membaca bismillah
sebelum menghirup madu. Madu juga ada 'spiritual' yang tersendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri, di mana selang sehari
menghirup madu, ketika mana
saya tidak minum madu, lidah saya seolah-olah terkunci untuk mempromosikan madu walaupun saya sedang
merawat pesakit pengidap asthma yang teruk.
Download Artikel: artikeldryusof10.doc
****************************************************************
GAMBAR-GAMBAR KRISTAL AIR