Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr. Yusof Menulis...

KEBESARAN  ALLAH DI BULAN PUASA
 
Ketika  kita  berpuasa  pada tahun  ini, kedengaran  iklan  Madu Khaula  di  Radio IKIM, kira-kira 5 minit sebelum azan, yang mana  antara isi kandungan  ayatnya iaitu ” Kekal  aktif dan sihat  dengan Madu Khaula sepanjang  Ramadhan ketika berbuka dan bersahur. Madu Gred A, yang dipek terus dari Azerbayjan, Iran”. Pertama sekali  kita mengucapkan tahniah  kepada  syarikat QS Khaula Trading Sdn Bhd yang telah  bersusah payah, mengeluarkan kos puluhan ribu ringgit untuk mengeluarkan iklan di radio IKIM semenjak  bulan Ogos lagi. Ini belum termasuk iklan di majalah-majalah dan akhbar.   
 
Dari  perkataan iklan di atas, saya  berharap kita  yang terlibat secara langsung dengan madu Khaula ini, terus menghirup  madu di sepanjang  bulan  Al Mubarak ini  seperti hari-hari  lain. Begitu  juga  dengan semangat  kita  untuk  terus memperkenalkan madu  ini kepada  khalayak  sepatutnya semakin  tinggi   berikutan  iklan yang semakin  banyak diadakan,  malah  pernah seorang  wakil pengedar  kecil-kecilan  pun  memberitahu, dia rasa  berbangga   menjual  madu  ini setelah ada iklan di radio IKIM. Bagi  saya  orang-orang yang selalu mendengar  radio IKIM ini, sedikit sebanyak mempunyai  jiwa  agama dan  cenderung kepada  maklumat serta hiburan yang bermanafaat.  Pengalaman saya sendiri, bila sesekali   tukar  kepada  radio-radio lain,  sudah rasa   ‘asing’ dan  bingit telinga mendengarnya.
 
Belum terlambat rasanya, saya ingin mengucapkan  selamat  berpuasa, dan diizinkanNya  kita  terus  berada  di dalam bulan  tarbiyah (latihan) ini.  Kebanyakan kita sudah puluhan tahun sempat berada di bulan Ramadhan ini, dan  elok kita bertanya diri kita sendiri sejauh mana  keghairahan serta keseronokan meningkatkan amal kita. Kata teman karib saya “ Seronok  berada dalam bulan Ramadhan tetapi jangan pula hanya berseronok di bulan ini”. Bagi saya boleh berseronok, tetapi berseronok kearah meningkatkan ibadah. Namun sesuatu yang sukar, kita  dapat mengekalkan keseronokan  beribadah ini pada bulan-bulan  lain. Mungkin kerana nafsu sudah bertembung dengan syaitan kembali. Jika pada bulan ini masih ramai yang tiada perbezaan  akhlak, bermakna  nafsu  itu sendiri sudah  menyerupai  syaitan.
 
Di sini  saya ingin berkongsi  maklumat , di mana  ketika  menyambut  Ramadhan yang mulia ini, baru-baru ini salah seorang   dari  kita yang terlibat secara  langsung dengan Madu Khaula, telah mengalami suatu fenomena yang luar biasa di mana ketika beliau hendak keluar untuk bekerja , tiba-tiba ternampak  sarang lebah yang  besar saiznya di atas pokok bunga di sebelah pintu  pagar rumah. Pada hal sebelum ini tiada langsung tanda-tanda ada sarang lebah pada pokok bunga yang  tidak tinggi dan kurang berdaun. Beliau sempat merakamkan di kamera telefon bimbit, sebelum menghubungi  pihak bomba. Kira-kira  4 jam kemudian, anak beliau menelefon menyatakan   sarang lebah tadi sudah tiada lagi. Kemudian beliau telah difahamkan kejadian yang beliau alami itu juga telah pernah dialami sebelum ini oleh beberapa lagi pemborong dan pembekal madu Khaula, beliau terus sujud syukur dengan berita itu. Hanya Allah  lebih mengetahui  makna kejadian tersebut.  Seperti yang kita  maklum lebah  tabiatnya  hanya aktif untuk terbang mencari  nektar dan  membuat sarang pada siang hari, tetapi kejadian  sarang lebah yang ada di rumah beliau  ialah pada malam hari, dengan kata lain pada malam tersebut  lebah ini telah berkumpul di pokok bunga tersebut yang tentunya  berjumlah ratusan ribu kerana bentuknya yang sebesar 3 kaki x 4 kaki.
 
Kita  tidaklah  taksub dengan kejadian yang telah dialami oleh beberapa  pembekal , pemborong  serta pernah di alami oleh Puan Khaula pada beberapa tahun yang lepas seperti  kejadian yang di ceritakan seperti di atas, tetapi  ada  baiknya ia menjadi pemangkin kepada kita supaya lebih istiqamah  dan lebih  yakin dengan madu yang kita jual ini di samping meningkatkan Iman dengan kebesaran Allah. Apa  lagi  kejadian ini berlaku  pada  bulan  mulia ini, wallahu aklam.
 
Akhirnya saya sekeluarga mengambil kesempatan ini umtuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.