Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr. Yusof Menulis...

MUSUH JANGAN DICARI, TEMAN SENTIASA DINANTI
 
 
Terlebih dahulu, saya memohon berbanyak-banyak maaf, kerana agak lama menyepi dari menulis di ruangan ini, terlalu cepat masa berlalu, rupanya sudah setahun  di mana artikel pertama saya di tulis pada Ogos 2004. Selain dari kesuntukan masa, saya juga banyak bergantung kepada ‘aura’ dan mood, bila  mana auranya  bagus, saya akan lebih cenderung untuk menulis atau melukis. Bukan hangat-hangat  tahi ayam, apatah  lagi untuk kita meneruskan perjuangan untuk memperkenalkan madu Khaula  kepada orang ramai, sifat hangat-hangat tahi ayam akan menggagalkan atau melambatkan usaha murni setiap dari kita yang terlibat dengan madu Khaula.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan baru  bila  mana kedengaran iklan madu Khaula di Radio  IKIM. Alhamdulillah ianya satu usaha mudah dan terkini untuk memperkenalkan madu Khaula kepada khalayak.  Memang diakui, cabaran dan ujian yang datang satu persatu untuk meletakkan madu lebah ini di persada masyarakat sekeliling. Dengan pengurusan yang kini di terajui sendiri oleh Puan Khaula ketika ini dan kita tetap tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pengurusan sebelum ini yang telah berusaha untuk memajukan syarikat, Alhamdulillah semua telah berjalan lancar walaupun sebagai manusia biasa, perasaan di dalam sanubari masing-masing tetap tidak dapat dielakkan, InsyaAllah semuanya dengan ketentuan dariNya. Kita  berpegang kepada prinsip,berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali.
 
Dengan prinsip ini, Alhamdulillah semakin ramai teman dan kawan-kawan baru  yang dapat kita kumpul antaranya sebagai pengguna,pemasar dan sebagai pemborong. Madu Khaulalah yang menjadi media penyambung silaturrahim ini.
 
Bahan-bahan untuk membantu kita semua sebagai pemasar, pemborong dan pembekal hampir semua sudah ditangan, kini kita sudah dibekalkan dengan pamplet, sale kits, stiker kereta, kain banting yang comel, Kumpulan Pemasaran Semerah Padi dan terkini bengkel pemasaran di samping iklan-iklan berkala di akhbar, majalah dan di radio IKIM. Kita bertatih dan yakinlah Allah bersama dengan orang-orang yang sabar apa lagi kita terlibat secara langsung dengan produk madu lebah yang Allah sebut di dalam kitab suciNya.
 
Saya secara peribadi semakin terasa BANGGA  berurusan dengan madu Khaula. Bagi saya, dengan izin Allah dan dengan kesabaran kita, kita tunggu 2-3 tahun dari sekarang, saya percaya lebih dari separuh orang-orang Islam di Malaysia khasnya akan mengenali madu Khaula. Dengan madu Khaula juga, di mana emel saya telah dapat dikesan oleh rakan sekolah lama saya, dan bermula dari emel tersebut, kami seramai 26 orang rakan-rakan lama sekolah telah ditemukan semula  pada 4 September 2005, selepas terpisah selama 26 tahun semenjak tahun 1979. Madu Khaulalah antara penyebab kami menyambung silaturrahim.
 
 
Download artikel disini:
(Klik link di atas)