Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr. Yusof Menulis...

dryusuf01.jpg

PERKEMBANGAN TERKINI INDUSTRI MADU LEBAH
 
Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2005. Mudah-mudahan anda semua menjadi lebih bermotivasi dan berazam untuk mendapat keuntungan dari perniagaan madu KHAULA melebihi dari gaji tetap anda!!. Bagi yang sudah berjaya, tahniah diucapkan. Walaupun ada sesetengah pengedar mengatakan bahawa jualan agak kurang memberangsangkan ketika bulan Ramadhan dan Disember yang lalu (bulan bercuti dan persediaan anak anak ke sekolah) tetapi ingatlah bahawa jika kita memasang niat menjual madu ini semata-mata kerana wang, kita sebenarnya awal-awal lagi telah gagal dalam memegang amanah ini. Saya masih teringat di mana terdapat sesetengah pengedar dan stokis yang terlibat secara langsung dengan madu KHAULA tetapi jarang-jarang menghirup madu yang di jualnya. Tentulah sukar hendak menerangkan kepada bakal pembeli tentang khasiat madu ini jika diri sendiri tidak mengamalkannya. Tahukah anda bahawa hanya 4-5 sudu besar seminggu sahaja telah memadai bagi anda yang sihat ?
 
Para Pembaca Yang Budiman,
 
Industri madu lebah dan hasilannya seperti bee pollen dan  propolis sentiasa berkembang. Malah di Eropah terutamanya di United Kingdom, telah wujud satu perubatan alternatif yang dikenali sebagai ‘ apitherapy ‘ iaitu kaedah rawatan yang berkaitan dengan lebah dan madu lebah. Beberapa pertubuhan apitherapy telah ditubuhkan yang majoritinya dikendalikan oleh doktor-doktor perubatan. Manakala di negara China pula, sengat lebah dijadikan jarum bagi rawatan akupuntur. Bilakah agaknya persatuan apitherapy Malaysia akan di wujudkan? Saya sedang berfikir-fikir mengenainya.
 
HIPA DAN MADU TIRUAN
 
Sebagaimana madu asli, madu tiruan juga semakin berkembang maju !! Maklumat terbaru dari HIPA ( Honey Packers and Importers Association) melaporkan bahawa ada pengumpul madu lebah telah mencampurkan beberapa jenis antibiotik ke dalam madu, antaranya antibiotik jenis penisilin. Malah ada juga dilaporkan individu yang mencampurkan madu dengan bahan steroid,  terutamanya  madu dari negara Amerika Latin. HIPA baru sahaja di tubuhkan pada Jun 2004 yang lalu berpusat di United Kingdom hasil keputusan daripada satu kongres ‘ Apidomia’ di Ljublana pada 2003 yang lalu. Ia adalah satu badan bebas yang diterajui oleh beberapa doktor perubatan. Sekarang ia dipengerusikan oleh Dr. Peter Martin. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan badan IHC, CAC dan pertubuhan berkaitan madu lebah Eropah (EFHPA) termasuk lapan negara lain iaitu AS, Jepun, UK, Mexico, Brazil dan Cuba.
 
Fungsi HIPA adalah memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk meningkatkan kualiti dan mengawal ketulenan madu. Mereka juga ada mengeluarkan pandangan bahawa madu lebah yang dikumpul dan dicampurkan dari pelbagai tempat secara relatifnya mempunyai mutu yang rendah. Mereka juga sedang berusaha untuk menyiapkan satu akta supaya pengusaha yang mencampurkan antibiotik dan steroid ke dalam madu boleh didakwa dan diambil tindakan tegas di bawah peraturan IHC. Mereka juga sedang berusaha berbincang dengan negara China iaitu pengeluar madu terbesar di dunia supaya mereka mengikut piawaian IHC, kerana buat masa kini negara China mempunyai standard piawaian tersendiri yang banyak berbeza dari standard IHC dan standard Eropah.
 
ISTILAH HONEY dan HONEY DEW
 
Dalam istilah Bahasa Inggeris, ‘honey " dan "honey dew’ adalah berbeza. Ada manisan lebah telah diiktiraf sebagai ‘honey’ dan ada madu lebah yang di panggil ‘honey dew’. ‘Honey dew’ terjadi bila mana madu lebah tidak cukup nektar yang dihisap ataupun telah menghisap nektar buatan (merupakan manisan yang dicipta untuk dihisap oleh lebah). Madu yang dijual murah di pasaraya di kategorikan sebagai ‘honey dew’. Anda boleh lawati laman web , www.nhb.org dan www.honey.com untuk rujukan lanjut.
 
Tahukah anda bahawa madu keluaran Amerika Syarikat baru sahaja dibenarkan semula untuk dieksport ke negara Eropah iaitu mulai September 2004 selepas tidak dibenarkan sejak Jun 2003. Itupun selepas WTO (World Trade Organisation) campur tangan. Pemberhentian eksport madu AS ini berkaitan dengan kawalan ketat Eropah  terhadap ketulenan madu.
 
LAMBAKAN MADU IRAN DI MALAYSIA
 
Saya difahamkan kini terdapat lima hingga enam (5-6) jenama madu Iran di pasaran negara kita. Ada yang diberi nama ‘madu Arab’ dan ada juga madu yang telah dicampur dengan ubat tradisional yang lain. Malah ada pula yang mendakwa madu dalam bekas damar yang pernah dipasarkan oleh Khaula Trading Sendirian Berhad (KTSB) masih terdapat di pasaran kerana kononnya mempunyai stiker yang sama dengan stiker asal madu KHAULA. Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini, di negara Iran sendiri madu ciplak ini merupakan satu fenomena biasa sempena nama madu dari pergunungan Khonsar yang terkenal itu. Pihak pengusaha madu KHAULA telah menjelaskan bahawa madu tersebut tidak sama dengan madu yang pernah Khaula Trading jual selama 4 tahun sehingga awal tahun 2004. Alhamdulillah dengan penukaran kepada bekas botol sekarang dan kualiti madu yamg lebih tinggi dari Azarbayjan, Iran ini, ianya dapat menangkis fitnah dan cubaan sabotaj dari pihak-pihak tertentu yang tidak berhati perut.
 
Kita tidak sama sekali ingin memperlekehkan madu-madu yang lain tetapi tindakan mereka amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab. Inilah akibatnya bila wang ringgit mengatasi niat ikhlas untuk menghidupkan semula Sunnah Rasulullah SAW. Saya juga masih berkeyakinan madu ini lebih tepat di edarkan secara jualan langsung di samping dapat menyampaikan khasiat dan penggunaan madu lebah ini. Namun begitu, adalah lebih baik jika stokis mempunyai para pengedar yang mempunyai outlet sendiri untuk memudahkan orang ramai membeli bila anda mendapat panggilan. Anda yakni stokis dan pengedar yang tidak minum madu ini tidak akan dapat bercakap tentang madu secara berkesan ( tiada roh). Anda hanya akan mampu mereka-reka kelebihan madu ini. Jika jualan anda semakin menurun, tanyalah diri anda sendiri, tepuk dada tanya selera, adakah anda minum madu KHAULA ini secara istiqamah ? Dengan ikhlas saya ingin menyatakan di sini, jika saya kurang minum madu ini, rasa berat hendak buka mulut bercerita pasal madu malah ‘malas’ pula untuk memasarkannya.
 
DALAMI ILMU MADU DAN ILMU KESIHATAN
 
Bila anda telah membuat keputusan terlibat secara langsung dalam pemasaran madu lebah ini, di luar sana banyak terdapat buku-buku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris tentang madu lebah. Bagi yang rajin melayari internet pula, tentu lah telah maklum bahawa terdapat terlalu banyak laman web berkenaan madu lebah yang boleh dilayari. Malah pada tahun 2004 ini sahaja, hampir 10 jurnal baru telah dikeluarkan oleh ahli sains berkenaan madu. Sebahagian maklumat ini juga ada terdapat dalam internet . Pada tahun yang lalu juga, sebanyak lima  kali persidangan antarabangsa berkenaan madu telah diadakan untuk membincangkan ilmu yang tertulis di dalam Al Quran ini. Kita jauh terkebelakang dari mengkaji , mengeluar madu malah jauh ketinggalan dari minum madu lebah.
 
Akhirnya marilah kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah, mudah-mudahan tahun 2005 yang mendatang ini merupakan tahun yang gemilang bagi Madu KHAULA.
 
************************************************
Download Artikel: artikeldryusof6.doc
(Right-click mouse over the link, Save target)