KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH (Bahagian 3)
Adakah madu juga sejenis antibiotik?? Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak
dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati selepas beberapa minit . Pengalaman saya terhadap anak-anak saya yang mengalami
demam selsema, pada awal jangkitan, kebiasaannya adalah disebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah
menurun, bakteria pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Namun begitu dari pengalaman
anak-anak saya yang biasa minum madu, mereka tidak lagi memerlukan antibiotik untuk merawat demam selsema ini malahan demam
dan batuk mereka tidak seperti biasa dan cepat sembuh. Di peringkat awal demam, saya memberikan ubat demam dan madu (yang
lebih banyak dari biasa, 1 sudu besar, dua kali). Alhamdulillah, anak saya yang berusia tiga tahun yang dulu agak kerap demam,
jika demam pun tidak melarat dan suhu badan jarang melebihi 38.5 darjah Celsius. Begitu juga dengan tiga orang anak yang lain,
apabila demam tidak perlu makan antibiotik lagi, malah dengan izin Allah mereka semakin jarang demam teruk.
Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap
pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi
gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas
antara 45%-70% dan gula kompleks(sukros) antara 0%-5%.
Di sini saya akan mengemukakan pengalaman dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang
kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat
dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa
yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih
terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang ( peripheral neuropathy).
Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras
gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan
gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-lahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral
dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR ( slow release) ini. Saya difahamkan Madu Khaula
yang mengandungi kandungan 0% sukros akan diedarkan tidak lama lagi. Ini tentunya lebih sesuai untuk pesakit kencing manis.
Secara peribadi, saya tidak menyatakan madu secara langsung boleh mengawal paras gula pesakit kencing manis, tetapi boleh
minum madu dengan disiplin tidak meminum atau mengurangkan pengambilan gula pasir atau susu pekat. Walaupun ada beberapa
testimonial yang menunjukkan Madu Khaula dapat menurunkan paras gula darah tanpa memakan ubat kencing manis, bagi saya ubat-ubat
di hospital yang di makan oleh mereka elok di teruskan. Jangan sampai anda menasihatkan minum madu lebah dan berhenti makan
ubat atau anda menyatakan madu boleh merawat kencing manis. Dinasihatkan mereka hendaklah kerap memeriksa paras gula mereka
di klinik ketika mengambil madu. Kita harus berhati-hati untuk pesakit kencing manis untuk mengambil madu, jangan sampai tersalah
nasihat.
Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya
memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit,
biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan
yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama
beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagikan kepada
6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial
asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga
pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan
alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh.
Anti-hipertensi. Bagi saya, pesakit darah tinggi ( hipertensi) mempunyai banyak pilihan. Kami doktor-doktor
perubatan mempunyai banyak pilihan untuk dicuba kepada mereka. Malah hipertensi bukan sakit yang kekal, ianya boleh dikawal
dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan menjaga pemakanan. Pesakit darah tinggi
boleh minum madu seperti anda yang sihat dan yakin madu boleh membantu walaupun setahu saya belum ada kajian khas dilakukan
terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu. Insya Allah saya dengan bantuan beberapa doktor lain akan berusaha membuat
kajian dengan menggunakan Madu Khaula.
Anti-kolesterol. Dari pembacaan saya, baru terjumpa satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia (
tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka
masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).
Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu
mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu
membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml ( dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan
sehingga 2-3 jam. Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh
meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih
bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam.Tetapi dari pengalaman saya jika
minum satu sudu madu waktu pagi, saya akan terasa lapar pula di waktu tengahari ( minum sikit jadi lapar, minum lebih akan
bertenaga dan tidak lapar!!)
Ayuh!!. Kuruskan badan anda kerana Madu Khaula yang baru dari keluaran Sabalan Shahd, Azarbayjan, Iran ini amat enak
diminum begitu sahaja. Sekian, sampai kita jumpa lagi. Wassalam - 5hb September 2004
(Right-click mouse over the link, Save Target As...)