Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Warkah Puan Khaula
kha.jpg

Assalamua’laikum,

 

Para pembaca sekalian dan ahli keluarga madu KHAULA, lebih-lebih lagi Encik Sukiman, Dr Yusof dan pegawai-pegawai dari Kementerian.

 

Saya memohon doa kepada Ilahi, semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas setiap insan. Keuntungan yang saya ingin miliki dalam mengusahakan madu KHAULA ini ialah tidak lain daripada untuk mendapat keredhaan Allah, di mana Allah menerima saya sebagai hamba Allah yang solehah, supaya kesihatan badan saya ini sentiasa dalam pemeliharaannya, memiliki jiwa yang tenang dengan Maha Pencipta dan akhir sekali mengembangkan serta bersatu hati dalam kemajuan yang dituntut iaitu ilmu madu tidak boleh diperbodohkan oleh pengusaha yang suka mencampuri madu dengan gula.

 

Gerakan tenaga usaha yang selama ini saya lakukan dengan izin Allah telah pun  menunjukkan satu pencapaian yang baik. Kejayaan dalam pencapaian madu KHAULA sebagai Gred A secara rasmi telah dapat diusahakan dengan perantaraan dan  kerjasama banyak pihak seperti En Sukiman, Pegawai dari Kementerian, Dr Yusof dan ahli keluarga madu KHAULA yang setia dengan mutu madu. Tidak lupa jua khusus kepada kedua ibubapa saya dan kakitangan Khaula Trading Sdn Bhd.

 

Saya memohon maaf kepada Dr Yusof kerana terpaksa melewatkan cadangan yang diberi kerana telah menjadi dasar kami di Khaula Trading Sdn Bhd, sebarang  pengubahsuaian ayat yang hendak dituturkan harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Pengerusi dan Pemilik Pengusaha Madu Lebah. Sekali lagi saya meminta maaf kerana tersalah faham terhadap Dr Yusof. Sebenarnya perkataan yang Dr Yusof cadangkan untuk diubah tersebut memang harus diubahkan. Oleh itu saya telah mengeluarkan perkataan tersebut dan menggantikan dengan perkataan yang dicadangkan oleh Dr Yusof. Terima kasih sekali lagi kerana sentiasa memberi cadangan untuk meningkatkan imej madu KHAULA.

 

Saya memohon kepada Allah, mudah-mudahan kita semua sebagai hamba Allah akan dapat mengubati diri kita dengan menggunakan madu. Dengan mengamalkan madu ini juga kita dapat melahirkan kebaikan dan kesihatan yang baik dalam kehidupan kita semua serta memartabatkan junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

Akhir sekali ribuan kemaafan dari saya di mana selama ini Tuhan telah memilih saya sebagai pengasas madu KHAULA bagi menjalankan kerja-kerja memasarkan madu lebah tulen. Sekiranya ada cara saya atau bahasa saya yang menyinggung perasaan sesiapa. Wassalam.

 

Hasil Nukilan Puan Khaula

 

***************