Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr Yusof Menulis...

MEMARTABAT DAN MENYEBARKAN MADU LEBAH

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah dengan PELANCARAN MADU KHAULA pada 10 Muharram 1426 bersamaan 19hb Februari 2005 yang lalu. Ianya tanda kejayaan awal kepada semua yang terlibat dengan Madu KHAULA.

Tidak di nafikan segelintir dari kita, bila mana disebut minum madu lebah, terbayang di fikiran mereka madu ini satu produk tradisional dan kurang ada ‘kelas’ berbanding dengan produk makanan tambahan lain yang berbentuk tablet, tepung atau bentuk cecair, apa lagi jika makanan tambahan itu diimport dari negara maju!!. Saya berpengalaman dan mendengar sendiri dari seorang rakan yang juga seorang profesional.

Stigma ini berlaku disebabkan oleh pemahaman masyarakat kita yang selama ini tidak meyakini ketulenan madu yang dijual di tepi jalan dan di kedai-kedai jamu. Juga R & D yang dilakukan oleh pengusaha produk makanan tambahan tersebut yang lebih jauh ke hadapan adalah lebih diyakini dan mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli makanan tambahan tersebut.

Inilah TUGAS YANG SEPATUTNYA KITA SEMUA PIKUL untuk menyampaikan ilmu madu lebah yang sebenar dan memartabatkan madu lebah yang terhasil secara semulajadi dan tanpa campur tangan manusia serta  tinggi mutu dan khasiatnya.

Walaupun imej madu import dari luar telah memberikan imej yang agak baik kepada madu lebah dan telah terbukti di makmal madu ini menepati kualiti antarabangsa, namun jika kita gagal memberi penerangan yang betul, madu lebah akan terus terkebelakang dari produk makanan tambahan yang di import. Yakin lah MADU LEBAH MEMPUNYAI KELAS YANG TERSENDIRI.

Namun begitu jangan kita hanya leka dengan kehebatan dan kualiti madu lebah ini sahaja tanpa mengaitkan madu lebah ini dengan kebesaran Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Dengan kata lain madu lebah ini juga merupakan satu wacana untuk kita berdakwah mengingati Allah. Jika kita taksub dengan testimoni dan imbuhan wang semata-mata, bermakna kita ini tidak ada beza dengan mereka yang menjual produk-produk makanan yang lain.

Harus diingat kepada semua yang terlibat dengan Madu KHAULA ini iaitu mesti tersemat di dalam fikiran untuk menyambung amanah dan janji yang telah dibuat di antara Pn Khaula dan Pengusaha Madu kita ini iaitu dengan niat untuk menyebar dan memartabatkan kembali madu ini. Sebenarnya bagi saya madu yang sedang kita pasarkan ini belum pun sampai 10% dinikmati oleh penduduk Muslim di Malaysia. Kerja kita masih banyak dan peluang perniagaan masih besar menunggu di hadapan. Sebagai contoh jika ada stokis daerah yang dapat menjual 20 dozen sebulan, bermakna baru 240 botol madu berjaya menembusi pasaran, berbanding ribuan keluarga muslim yang lain di daerah anda!!! Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi, SEKIRANYA JUALAN ANDA SEMAKIN MEROSOT, TEPUK DADA, TANYA DIRI ADAKAH ANDA ISTIQAMAH MENGAMALKAN MADU INI !!.

Para Pembaca yang dikasihi,

Semakin hari semakin banyak pengalaman yang dapat saya kumpulkan dari pengguna Madu KHAULA ini. Di antaranya tentang ‘healing crisis’. Ada dua pengalaman baru yang saya dapat di mana pengguna yang sebelum ini pernah mengamalkan jamu-jamu tradisional, bila minum madu ini, mereka mengalami ruam kulit dan timbul jerawat batu!. Seperti yang kita sedia ketahui, jamu-jamu ini kebanyakannya dibuat tidak melalui R & D yang lengkap dan tidak dinafikan jamu-jamu ini akan mengeluarkan bahan-bahan ‘toksin’ dalam badan dan ‘free radikal’.

Secara fisiologi bahan-bahan toksin akan dikumuh di buah pinggang melalui air kencing, badan mempunyai sistem imuniti menentang bendasing juga melalui kelenjar peluh di kulit, rembesan cecair seperti hingus hidung, tahi telinga. Jerawat batu yang timbul, saya yakin adalah disebabkan oleh tindakan madu yang diambil itu membuang toksin yang ada di dalam badan. Nasihat saya, bagi pengguna yang mendapat ‘healing crisis’ yang agak teruk supaya mengurangkan sedikit dos madu sehinggalah keadaan kembali pulih. Anda sebagai penjual madu pula jangan terus panik, yakinlah madu lebah bukannya herba atau tonik. Kita menikmati madu ini terus dari sarang tanpa diproses semula oleh manusia.

Dalam ceramah saya baru-baru ini, (anda yang hadir tentu masih ingat) tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seseorang pengguna itu cukup dos madu yang diambil adalah seperti berikut iaitu:
 
1. Tahi hidung menjadi jernih dan kekuningan.
2. Mulut tidak berbau walau lambat gosok gigi.
3. Kentut tidak berbau busuk, begitu juga bau badan.

Selain dari itu ada pertanyaan lain, setelah simptom-simptom penyakit hilang atau berkurangan selepas mengambil madu, adakah perlu berhenti minum madu?. Jawapannya; sakit alahan seperti asma, resdung, gastritis,eczema, psoariasis , migrane adalah penyakit yang berkait rapat dengan ‘alergen' iaitu bahan-bahan yang pesakit alah. Belum ada ubat yang boleh merawat sepenuhnya sakit alahan ini, yang ada ubat-ubat yang boleh mengawal simptom-simptom alahan. Bagi alahan yang teruk, ubat yang mengandung steroid akan diberikan. Pengambilan steroid secara berterusan tidak dibenarkan kerana boleh memberi kesan sampingan kepada tisu organ badan yang lain seperti hati dan buah pinggang. Dengan pengambilan madu, bukan sekadar simptom alah dikurangkan, juga memberi tenaga dan pelbagai vitamin yang ada di dalam madu. Ini jelas berlaku kepada pesakit psoriasis yang pernah saya tulis pada artikel lalu dan dalam ceramah saya tempoh hari. Dengan kata lain, walau simptom alahan kurang atau penurunan darah tinggi, kencing manis dapat dikawal, senggugut, migrane hilang, terus amalkan madu. Badan kita sentiasa memerlukan nutrien-nutien yang baik dan madu lebah antara pembekal nutrien yang terbaik.
 
Yakinlah dengan janji Allah.
 
++++++++++++++++++++++++++++++
Download artikel: artikeldryusof9.doc
(Klik bebutang kanan tetikus, pilih Save Target As..)