Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr. Yusof Menulis...

dryusuf01.jpg

SETAHUN BERSAMA MADU KHAULA

Setahun yang lalu pada tanggal 2 Februari 2004, bermulanya saya terlibat dengan madu Khaula. Ketika itu bekas madu masih lagi dalam bentuk mangkuk (damar). Ini juga bermakna baru setahun sejak saya mula mendalami ilmu madu lebah yang saya dapati dari pembacaan, bertanya dari mereka yang arif tentang madu tempatan, juga pengalaman dari para pengguna madu Khaula. Banyak suka duka, pahit manis selama tempoh setahun ini. Antara kesimpulan yang dapat saya buat ialah Allah memang menguji kesabaran untuk menyebarkan minuman sunnah Nabi ini. Tidak semudah seperti yang saya jangkakan walaupun menjual hanya satu jenama dan satu saiz madu Khaula ini. Penglibatan saya dengan madu ini sesuatu yang tidak dirancang malah seperti di dalam artikel terdahulu saya ada menyatakan sebelum ini saya amat jarang minum madu dan tiada ilmu madu lebah apalagi terlintas hendak terlibat secara langsung di dalam perniagaan madu ini.

Pada permulaannya saya seperti juga pengedar-pengedar lain, hanya menggunakan keratan akhbar terbitan Oktober 2003 dan Januari 2004 untuk dijadikan bahan promosi. Tanpa ada sebarang katalog dan ketika itu saya memahami Syarikat Khaula Trading belum benar-benar bersedia untuk mengadakan pelan pemasaran . Saya juga faham ketika itu ada banyak dugaan dan berlaku perubahan pengurusan dalam syarikat. Bagi saya antara pengajaran yang saya dapat ialah hanya mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk mengimarahkan madu lebah sebagai satu sunnah Nabi SAW akan terus kekal bersama madu lebah ini. Saya juga mempunyai pengalaman dengan beberapa pengedar di Johor. Saya berpengalaman berjumpa dengan pengedar yang memikirkan wang dan keuntungan dahulu berbanding dengan niat ikhlas memasarkan madu lebah. Mereka ini memang cerewet malah saya yakin mereka menjual madu tetapi amat jarang mengamalkannya. Begitu juga pengalaman saya berurusan pekedai-pekedai jamu yang berminat menjual madu di mana ada di antara mereka tidak amanah dengan menjual madu kepada penguna dengan harga yang lebih tinggi malah ada juga yang ‘main harga’ dengan menjual dengan harga RM50 sebotol!!.

Bagi saya madu Khaula ini boleh dijual secara runcit tetapi perlu ada kawalan. Sekiranya sesuatu tempat itu seperti terminal bas atau bazar-bazar kedai yang mempunyai banyak kedai jamu, salon atau kedai farmasi tidak sepatutnya setiap kedai tersebut menjual madu Khaula. Jika ini berlaku maka tidak hairanlah masalah ‘main harga’ ini akan berlaku kerana peniaga saling berdekatan. Perlu ada unsur-unsur barangan eksklusif terhadap madu Khaula ini. Jika tidak madu Khaula ini akan sama sahaja dengan ubat lain yang dijual di kedai jamu tersebut. Apabila berlaku harga yang berlainan antara kedai maka pemasaran madu Khaula akan menghadapi masalah pada masa hadapan, walau pun pekedai tahu harga siling madu Khaula ialah RM60. (RM65 di Sarawak, S$35 di Singapura).

Bagi pengedar bebas pula didapati ada yang menjual pada harga rendah seperti RM50-RM55 kepada kenalan, kawan atau pada saudara mara. Ini adat dalam perniagaan. Semasa saya aktif dengan produk jualan langsung dahulu, ada pengedar menjual harga lebih rendah bila berurusan pada kenalan. Pengedar perlu bijak berniaga dan sepatutnya rahsia harga yang dijual tidak tersebar kepada orang lain. Begitu juga kepada pengguna yang telah membeli madu beberapa kali harga akan di kurangkan sedikit, bonus untuk pengguna tersebut. Tetapi jangan sampai terlalu murah!! Seperti RM50 untuk belian sebotol!! . Saya tidak berniat untuk menggalakkan anda memberi diskaun, tetapi sebagai manusia biasa pekara ini tidak dapat di elakkan. Tanpa pengguna siapalah kita.

Walaupun bersaing di dalam bidang perniagaan, ini suatu lumrah malah satu motivasi untuk lebih maju. Namun dari pengalaman saya dan juga pihak syarikat KTSB sendiri yang mengalami persaingan negatif seperti ada antara mereka yang mencampurkan urusan peribadi dengan urusan perniagaan untuk menjatuhkan perniagaan madu Khaula ini. Individu ini telah melibatkan ramai pengedar-pengedar terutama di Lembah Kelang dengan menjaja masalah peribadinya malah telah membuat aduan kepada pihak polis, FOMCA dan lain-lain aduan. Alhamdulillah, Allah di pihak yang benar. Saya sendiri yang hanyalah seorang agen sahaja turut menerima tempias fitnah yang dilemparkan. Bila dendam dan perasaan tidak puas hati tidak dapat dibendung maka berlaku sikap-sikap negatif ini. Saya pernah difitnah di dalam sembang internet di mana kononnya ada pengedar wanita yang mengatakan saya memaksanya mengambil madu di rumah saya pada malam hari. Kebetulan saya ingin balik kampung pada pagi Sabtu . Beliau menelefon selepas Maghrib pada hari Jumaat untuk mengambil madu. Saya mencadangkan supaya mengambil madu pada hari Isnin di klinik saya ( 35km dari rumah saya) seperti sebelum ini dan klinik saya yang berhampiran dengan rumah beliau. Tetapi beliau tetap mahu mengambil madu dan setuju sendiri datang ke rumah saya . Isteri saya ada di rumah semasa beliau mengambil madu. Bagi syarikat KTSB , fitnah demi fitnah yang datang dan berkat kesabaran dan tidak melatah dengan tindakan mereka, Alhamdulillah dengan perancangan syarikat yang makin teratur, saya yakin pekembangan positif. Bagi mereka yang masih terus menabur fitnah, semoga Allah memberi petunjuk dan insaf .
 
Pengalaman lain yang ingin saya kongsi ialah bila mengamalkan madu dari pergunungan Sabalan ini. Antara kesan pertama yang ketara saya rasakan ialah saya boleh bersabar dengan karenah empat anak-anak saya yang tidak duduk diam semasa di dalam kereta. Ketika itu kami dalam perjalanan dari Port Dickson ke Johor Bahru. Isteri saya turut perasan yang saya nampak rilek berbanding hari-hari biasa akan berleter bila anak-anak melompat-lompat di dalam kereta. Malah saya akan minum madu Khaula ini dahulu sebelum memberi tuisyen pada anak-anak. Biasalah bila ibubapa mengajar anak-anak sendiri, bukan mulut sahaja mengajar malah kadang-kadang tangan kaki pun ikut mengajar. Ada seorang pesakit saya memberitahu yang beliau memang seorang yang mudah marah. Selepas mengamalkan madu Khaula ini beliau merasakan dapat berfikir dahulu sebelum melepaskan kemarahan. Lebih menakjubkan pesakit ini telah bertahun-tahun mengalami kulit ‘bersisik’ di tangan dan kaki, psoriasis dan telah bertahun juga mendapat rawatan dengan doktor pakar kulit. Selepas tiga (3) minggu mengamalkan madu Khaula ini, kulit beliau kembali normal. Ini bukan kali pertama pengalaman saya dengan pesakit kulit bersisik ini, sebelum ini kanak-kanak berusia enam (6) tahun juga kembali normal setelah minum dan menyapukan madu di kakinya. Cuma pesanan saya supaya mereka terus mengamalkan minuman madu kerana sakit kulit psoriasis ini boleh berulang.
 
Sesungguhnya Allah menguji manusia yang ikhlas untuk melakukan kebaikan. Kejayaan tidak datang bergolek , tujuan berniaga madu lebah ini perlu jelas. Jika ada antara kita hanya memikirkan ganjaran wang ringgit, di nasihatkan anda mencari produk lain untuk berniaga.
 
Bagi saya yang baru setahun terlibat dengan perniagan madu ini seiring dengan pengalaman pengurusan baru Syarikat KTSB masih banyak yang perlu dipelajari. Kata pepatah baru setahun jagung. Dengan pengenalan pelan pemasaran yang baru selepas hari pelancaran KTSB pada 19 Februari ini akan lebih memberi peluang perniagaan yang berdaya maju kepada semua pihak. Jom kita sama-sama ke INTEKMA, Shah Alam dan jumpa di sana. Wassalam.
 
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Download: artikeldryusof7
(Right-click over the link, Save Target As....)
 

intro3.gif