Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

DR. YUSUF MENULIS...

dryusuf.jpg

DOS MADU YANG BERSESUAIAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn.Khaula, Pn Norazlina dan semua kakitangan Khaula Trading kerana telah dapat mengadakan perjumpaan Aidil Fitri yang berjaya dan benar-benar gemilang. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada saudara Sheqal kerana telah menjadi Duta Madu Khaula. Semoga dengan perlantikan ini di samping promosi yang tersusun dan terancang, akan merancakkan lagi perniagaan madu Khaula ini. Saya turut menyeru kepada semua stokis dan pengedar agar semakin bersemangat dan yakin untuk sama-sama terus memperkenalkan Madu Khaula kepada orang ramai.

Sebenarnya semasa saya menyampaikan ucapan tempoh hari, saya tidak berkesempatan untuk memperkatakan sesuatu yang agak penting iaitu berkenaan dos madu yang bersesuaian. Sebelum ini saya selalu berpesan kepada para pengguna yang berjumpa dengan saya, di mana antara pesanan saya," Untuk menjadikan madu lebah ini sebagai penawar atau ubat, kita hendaklah minum madu seperti kita makan pil atau air ubat dari klinik iaitu seperti yang selalu disarankan yakni sebanyak 3-4 kali dalam sehari (tujuan untuk melengkapkan dos dalam sehari)". Bagi anda yang tidak mengalami sebarang penyakit pula, satu atau dua sudu setiap hari adalah memadai.

Saya telah banyak mengumpul maklum balas dari pengguna madu Khaula ini di samping pengalaman saya sendiri iaitu sekira saya hanya minum satu sudu besar pada awal pagi, saya akan terasa lapar yang amat ketara menjelang makan tengah hari. Sebaliknya jika diambil lebih dari dua sudu , saya tidak berasa lapar malah masih bertenaga menjelang tengahari. Untuk rekod, amalan saya sekarang adalah minum satu sudu madu pada selepas jam 10 pagi dan Alhamdulillah saya berasa bertenaga sehingga saya berada di rumah semula pada jam 10.30 malam. Ada juga pengguna mengadu akan rasa sembelit , pening sekejap, kerap sendawa dan kentut. Saya mencadangkan supaya dos madu diambil lebih dari satu sudu besar. Namun begitu jika anda terus kekal minum satu sudu, masalah di atas hanya bersifat sementara.
 
Satu pengalaman menarik seorang pengguna, selepas Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, beliau mendapat demam yang agak teruk. Beliau terus mengambil madu dua sudu tiga kali sehari. Namun demam tetap tidak sembuh. Beliau berjumpa doktor, selepas makan antibiotik, demam tetap tidak sembuh. Akhirnya beliau nekad meminum madu empat sudu tiga kali sehari. Alhamdulillah, kahak beliau keluar dengan banyak dan sembuh dari demam.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, jangan takut untuk mengambil madu Khaula ini dengan dos yang agak lebih dan anda perlu jelaskan kepada pengguna supaya tidak perlu takut kepada tindakbalas sementara, dalam istilah perubatan di kenali sebagai ‘ healing crisis’. Saya juga selalu menyarankan kepada pengguna, madu yang berkualiti ini adalah makanan tambahan, ianya bukan tonik, herba, atau ubat-ubat sintetik, tak perlu risau kepada tindak balas, malah bila ada tindak balas, ini bermakna ianya sesuatu yang positif. Pengalaman saya sendiri iaitu ketika stok madu saya putus dan bila saya minum kembali selepas hampir 2 bulan, saya mengalami sebu dan sakit perut yang amat sangat selama dua hari, malah saya terfikir nak melakukan OGDS ( teropong perut). Saya sebenarnya memang telah lama mengalami IBS ‘ irritable bowel syndrom’- alah makan pedas dan masam, mengalami cirit-birit. Anda perlu yakinkan pengguna untuk teruskan menghirup madu walaupun simptom tindak balas kelihatan agak teruk.

Dalam satu hadis yang ramai kita maklum iaitu peristiwa seorang sahabat yang berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu ada sahabat lain yang mengalami cirit-birit, selepas tiga kali beliau disuruh oleh Nabi supaya minum madu, cirit-birit beliau semakin teruk. Namun akhirnya setelah diberikan lagi madu, beliau sembuh. Antara lain kata Rasulullah, " Sesungguhnya madu tidak pernah berbohong, tetapi perut sahabat kamu yang berbohong". Dari hadis ini, apa yang kita dapat simpulkan adalah berkenaan dos dan tindak balas madu. Pada peringkat awal madu bertindak membuang toksin-toksin yang menyebabkan cirit-birit. Oleh kerana dos yang diminum oleh sahabat itu belum cukup maka cirit-birit beliau tidak sembuh sehinggalah diberi pada kali yang keempat di mana dos telah mencukupi dan kesakitan pun sembuh.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang melibatkan sakit kencing manis, kita perlu lebih berhati-hati dan penting untuk memberi nasihat supaya pesakit mengurangkan sebarang manisan gula (gula putih, susu pekat dan sebagainya). Saya akui ada para doktor yang melarang terus pesakit kencing manis dari menyentuh madu lebah. Namun kita perlu yakin ilmu Allah Yang Maha Agung, gula yang terdapat dalam madu adalah gula ringkas yang tinggi di samping banyak lagi kandungan (vitamin, mineral, antioksidan, antibiotik) yang belum diketahui dan dapat dinamakan. Saya secara peribadi, sekiranya dengan mengambil ubat, paras gula darah dapat di kawal, saya tidak mencadangkan madu lagi. Namun telah banyak testimoni yang mana Madu Khaula ini dapat mengawal paras gula dan pesakit lebih ceria dan bertenaga.

Saya juga ingin mengulas berkenaan ucapan saya tempoh hari khususnya berkenaan istilah tradisional khasiat madu seperti ‘buang angin, cairkan darah, mencuci darah, mencuci perut’. Bagi saya, istilah-istilah ini kabur, terlalu umum dan tidak berlandaskan penemuan saintifik. Sebenarnya tiada angin di dalam urat darah dan urat-urat darah atau jantung juga organ lain seperti buah pinggang, limpa. Angin hanya ada di dalam paru-paru dan di dalam perut. Tukang urut tradisional banyak menggunakan istilah ‘banyak angin dalam badan' semasa mengurut pesakitnya. Kita faham beliau tidak ada ilmu perubatan. Perut tidak perlu dicuci samada dengan memakan ubat pelawas kecuali anda mengalami sembelit, untuk melakukan pembedahan atau bila hendak bersalin. Ini adalah prosedur perubatan untuk mengelakkan komplikasi semasa pembedahan dan wanita terbuang air besar semasa proses meneran kelahiran anak. Allah SWT telah mencipta sistem penghadaman yang hebat bermula dari gigi,lidah, perut, usus kecil, usus besar dan ke anus.

Saya menyeru agar kita lebih peka dan meningkatkan ilmu serta menggunakan istilah-istilah yang lebih saintifik , seperti anti alergik, anti anemia, anti ulcer, anti septik dan lain-lain, Insya Allah anda akan lebih diyakini oleh pengguna. Namun bagi pengguna yang terdiri dari orang-orang kampung di pedalaman dan mereka yang kurang maklum, dengan budi bicara dan pertimbangan anda, bolehlah digunakan istilah tradisional tersebut.

Seperkara lagi yang penting, saya juga berharap, para stokis dan pengedar dapat meningkatkan pengetahuan ilmu perubatan terutama ilmu pemakanan. Paling tidak anda patut tahu tentang vitamin (yang larut air dan yang larut lemak), kolesterol, lemak dan karbohidrat. Dan ilmu penyakit popular seperti kencing manis, migrane, alahan, asthma. Semua ini akan lebih meningkatkan lagi imej diri anda.

Saya juga ada menyediakan dua helai artikel semasa majlis tempoh hari yang bertajuk kualiti dan ketulinan madu di mana saya sendiri selalu memulakan cerita berkenaan madu lebah dengan artikel ini dan menunjukkan kaedah manual menentukan ketulinan madu di samping jangan lupa kita mengaitkan madu ini dengan sunnah Rasulullah SAW  di samping madu sebagai minuman mulia yang terdapat di dalam Syurga. Begitu juga artikel ‘ Beberapa Pandangan tentang Madu Khaula’ diyakini dapat membantu promosi madu ini.
 
*******************************************************************
Download Artikel: artikeldryusof5.doc
(Right Click Mouse over the link, Save Target As..)

Dr. Yusuf Abas adalah seorang pengamal perubatan yang bertugas di klinik swasta di Pasir Gudang, Johor semenjak Julai 2003. Sebelum ini bertugas selama empat tahun di salah sebuah hospital swasta di Kuching , Sarawak. Bidang pengkhususan beliau ialah di dalam bidang perubatan sains sukan. Pernah selama 6 bulan pada setiap minggu beliau ke udara bersama Radio Malaysia Sarawak mengendalikan Rancangan 'Budaya Hidup Cergas'. Beliau adalah anak jati Negeri Sembilan. Mempunyai 4 orang anak, isteri beliau seorang doktor pakar di Johor Bahru. Beliau dan isteri adalah pengamal makanan tambahan dan masih menjadi 'up-line' produk jualan langsung yang berjenama tetapi setelah mengamalkan Madu Khaula, beliau sekeluarga tidak lagi menelan pil-pil makanan tambahan tersebut.Sebelum ini pengetahuan dan pandangan beliau terhadap madu lebah sangat kurang seperti kebanyakan orang menganggap madu sebagai rawatan tradisional. Jika diizinkan Allah beliau berusaha menerbitkan buku yang bertajuk " Salah Faham Terhadap Madu Lebah"