Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Dr. Yusof Menulis...

dryusuf01.jpg

Pasaran dan Peluang Perniagaan Madu Lebah Di Malaysia 
 
 
Saya pernah mendengar keluhan beberapa orang pengedar Madu Khaula yang menyatakan agak sukar sedikit hendak mendapatkan jualan ulangan (repeat sale) apabila berurusan dengan pengguna yang sihat. Mereka ini agak 'liat' untuk membeli semula walaupun mengaku telah merasai kesan dan faedah kesihatan dari pengambilan madu. Inilah fenomena pemikiran kebanyakan masyarakat kita yang menganggap madu lebah sebagai ubat. Namun begitu kita harus ingat, inilah juga keadaan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat di dalam jualan langsung produk-produk makanan tambahan; di mana orang sihat bukanlah sasaran jualan mereka. Jika orang sihat yang menjadi golongan sasaran, maka jenuhlah hendak mencari pelanggan yang berikutnya. Tetapi jika orang-orang yang mengalami masalah kesihatan yang menjadi golongan sasaran, mereka akan terus menggunakan malah akan menceritakan pula kebaikan Madu Khaula ini kepada orang lain. Orang kita lebih mengenali produk-produk hasilan madu lebah seperti propolis, bee-pollen, royal jelly daripada madu lebah asli itu sendiri. Jika hasilan madu lebah itu berkhasiat, apatah lagi madu yang telah lengkap diproses di dalam perut lebah itu!
 
Adalah menjadi satu perkara yang menyedihkan apabila masyarakat kita di Malaysia khususnya orang-orang Melayu (dibaca orang Islam) masih belum dapat menerima madu lebah sebagai makanan tambahan secara total. Sedarkah kita bahawa orang Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Rusia, dan Brazil adalah pengguna madu lebah yang paling tinggi di dunia. Jerman membeli 80-90 ribu tan madu setahun, USA membeli 40-70 ribu tan, Jepun membeli 30-40 ribu tan setahun. Begitu juga kebanyakan masyarakat Timur Tengah juga pandai menggunakan madu. Orang-orang Melayu seperti yang saya nyatakan dalam artikel terdahulu bertajuk ‘Salah Faham Terhadap Madu’, masih sukar menerima madu dan jauh pula terkebelakang dalam penggunaan madu dalam kehidupan seharian.

Agaknya berapakah jumlah madu yang dimport oleh Malaysia setahun? Kalau ada pun hanyalah madu yang dijual di pasaraya yang berkualiti rendah (dipercayai madu lebah peliharaan di dalam kaca di mana nektar telah disediakan untuk dihisap oleh lebah). Walaupun Allah SWT telah menyebut secara jelas di dalam Al Quran, malangnya kita masih mengambil sikap acuh tak acuh sahaja; dan ini termasuklah diri saya sendiri sebelum ini. Namun begitu, setelah saya difahamkan dan telah menggunakan madu ini sebagai minuman harian, saya cuba berusaha untuk mengajak orang lain untuk kembali mendalami ilmu madu lebah ini dan mengamalkannya. Terus terang saya katakan di sini, saya sekeluarga telah tidak lagi ‘menelan’ pil-pil vitamin yang dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung produk makanan tambahan terkenal  yang mana saya sendiri adalah dari kalangan ‘up-line’ produk tersebut. Bukan kerana kepayahan untuk menelan pil-pil ini tetapi bagi saya, madu telah lengkap dan mudah dihirup begitu sahaja.

Orang-orang bukan Islam telah jauh ke hadapan mengeluar dan menggunakan madu lebah. Negara China, Amerika Syarikat, Argentina dan Ukraine adalah empat negara utama pengeluar madu dunia. Amerika Syarikat adalah negara kedua terbesar pengeluar madu tetapi mereka masih lagi mengimport madu dari luar. Mereka ini majoritinya adalah orang-orang yang mempunyai taraf hidup yang tinggi tetapi masih terus mengamalkan minum madu lebah dalam menu harian. Negara-negara ini juga adalah pengusaha utama hasilan dari madu lebah dengan menggunakan teknologi canggih. Negara-negara lain yang turut menjadi pengeluar madu lebah ialah Kanada, Australia, New Zealand, Mexico, Hungary, dan Republik Czech. Tiada negara Islam yang termasuk dalam senarai pengeluar madu utama. Republik Islam Iran adalah negara Islam yang utama mengeksport madu. Produk Madu Sabalan dan Madu Khonsar adalah antara madu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa selepas melalui tapisan ketat untuk menentukan kualiti madu mengikut piawaian antarabangsa. Saya juga difahamkan madu Iran yang dikatakan berasal dari Wilayah Khonsar yang terkenal itu telah disaring rapi kerana terdapat banyak madu yang turut mengaku mempunyai kualiti yang sama dengan Madu Khonsar. Bukan semua madu dari sana benar-benar berkualiti (seperti mana yang difahamkan terdapat juga ‘madu rojak’). Malaysia tidak pernah menyaring kualiti madu lebah yang masuk ke negara ini, malah kita tidak mempunyai standard kualiti madu. Kini madu rojak ini telah menyusul masuk selepas Madu Khaula dari Pergunungan Khonsar telah berjaya menembusi pasaran selama empat tahun di Malaysia. Mereka juga menggunakan ‘bekas damar ’ yang sama dengan Madu Khaula sebelum ini dan mengaku kononnya madu yang mereka jual itu adalah Madu Khonsar. Ada di antara pengedar madu tersebut (dijual di kedai-kedai jamu) tanpa segan silu menyatakan  " Inilah madu Iran yang banyak kali keluar di dalam iklan surat khabar!!!". Seolah-olah dengan kata lain inilah ‘Madu Khaula Baru’.
 
Saya pernah menyarankan pada artikel sebelum ini supaya mereka yang terlibat di dalam perniagaan produk madu ini supaya jujur dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Malah ada pengedar produk madu lain yang mempunyai bekas saiz setengah kilo, pernah menyarankan kepada pengguna, ‘Buat apa keluar belanja untuk beli madu RM60, beli saja madu setengah kilo RM35, kerana khasiatnya sama saja, jimat belanja! Entah dari sumber mana mereka berani mengatakan khasiat yang sama itu!. Orang yang jujur tidak akan tergamak mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bagi saya benarkah produk mereka telah terbukti berkualiti tinggi dan layak dijual pada harga RM60 sekilo?. Madu Khaula (Sabalan) ini telah diuji di MARDI, kandungan airnya ialah 13% sahaja! Ini amat menakjubkan, madu Sabalan ini juga telah berjaya menembusi pasaran negara maju terutama di Eropah.
 
Namun begitu sekiranya pengedar-pengedar madu ( madu tempatan atau luar negara) ikhlas untuk mengajak orang lain mengamalkan madu, ianya adalah usaha yang baik lagi berkat. Kita mengajak kepada mengamalkan satu sunnah Rasulullah SAW. Tetapi untuk mengubah minda masyarakt kita bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan masa. Cara pemasaran Madu Khaula masa kini dengan melantik stokis dan pengedar adalah satu kaedah yang sangat baik di samping membuat iklan di akhbar secara berkala. Penyampai ilmu madu melalui pengedar adalah baik berbanding jika dijual di pasaran terbuka, dimana penjual bukan sahaja kurang ilmu tentang madu, malah dikhuatiri akan menipu pelanggan tentang khasiat madu sedang beliau sendiri tidak minum madu!. Jualan secara langsung ini dengan sendiri telah menaikkan imej madu ini berbanding madu-madu yang dijual di kaki lima.
 
Saya menyarankan kepada semua yang terlibat dengan Madu Khaula agar mendalami pengetahuan tentang madu, khususnya pengetahuan produk madu Sabalan dari Wilayah Azarbayjan yang anda jual ini. Selain itu kebaikan sistem ‘ close marketing ‘ ini ialah ia dapat mengawal pengedaran Madu Khaula yang tulin apatah lagi kini telah banyak madu Iran yang lain. Jika terdapat mana-mana pengedar yang kurang amanah seperti membotolkan semula atau turut menjual produk madu Iran jenama lain ianya mudah di kesan.
 
Anda juga harus tahu apakah kelebihan madu ini berbanding dengan madu tempatan, cuma jangan sampai anda memperlekehkan madu lain. Anda juga berpeluang dapat meyakinkan pengguna supaya dapat membudayakan madu di dalam kehidupan seharian mereka. Pada pendapat saya prospek perniagaan madu lebah masih jauh lagi dan boleh berkembang maju. Hampir semua bangsa termasuk bangsa-bangsa lain di Malaysia telah mengiktiraf madu banyak manafaat kepada manusia. 
 
Jika ada produk-produk kesihatan yang berasaskan tumbuhan seperti cendawan, akar Tongkat Ali, kacip Fatimah, cengkudu,kopi ‘merah’ boleh menembusi pasaran masyarakat kita terutama melalui jualan langsung ‘multi-level’, mengapa tidak dengan madu lebah!!. Saya berkeyakinan sistem ‘close marketing’ ini lebih sesuai berbanding pasaran terbuka seperti dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya. Masyarakat kita harus disedarkan semula tentang kehebatan madu lebah sebagai makanan berkhasiat dan terbukti berkesan untuk merawat banyak penyakit. Namun begitu, stokis juga digalakkan melantik pengedar / wakil pengedar yang mempunyai kedai sendiri seperti di kedai jamu, farmasi atau salon (seperti di beberapa kawasan di Johor Bahru). Sekiranya stokis dapat mengadakan ‘outlet’ yang khusus untuk menjual Madu Khaula ianya lebih baik malah lebih mudah mendekati pengguna. Saya sendiri sedang memikirkan untuk mengadakan outlet seperti ini di Johor Bahru.
 
Anda tentu tahu ada perniagaan pakaian, kasut, langsir, barangan dapur yang agak berjenama dijual secara jualan langsung.Pada hal barangan ini mudah didapati di pasaran terbuka malah lebih murah dan lebih berkualiti. Mereka menggunakan katalog yang menarik untuk mencari pelanggan. Saya percaya dan yakin Madu Khaula juga boleh berkembang sebagaimana mereka. Madu Khaula Boleh!!. Anda lagi BOLEH!!
 
**********************************************************************************************
Dr Yusof Abas adalah Penasihat Kesihatan Produk Khaula Trading
 
 
(Right-click Mouse Over the Link, Save Target As..)