Make your own free website on Tripod.com
Home | Soal Jawab Madu | Lebah dan Madu | Testimonial | Sejarah Madu

MADU ASLI KHAULA

Arkib Berita Madu

Enter subhead content here

KELEBIHAN MADU IRAN

Oleh Saipul Adli Mohamad (HARIAN METRO)

 
INI DIA...Siti Ramlah menunjukkan Madu Asli Iran yang memiliki pelbagai keistimewaan dan khasiat seperti yang tercatat dalam al-Quran.
PISAU bedah, ubat bius serta pelbagai lagi alat berkaitan pembedahan cukup kerap mengganggu fikiran Siti Ramlah Mokhtar, 40, Oktober lalu. Jiwanya berkecamuk kerana terpaksa memberikan kata putus berikutan penyakit bengkak kelenjar leher (tiroid) yang dialaminya kian serius.
 
Berdasarkan temujanji dengan seorang doktor pakar, dia sepatutnya dibedah bulan itu, tetapi kalau diikutkan hatinya, pembedahan mahu dielakkan.Bukan saja kerana kos RM8,000 yang perlu dikeluarkan untuk proses itu, tetapi beberapa rakan yang pernah menjalani pembedahan akibat penyakit sama, merumuskan bahawa kelenjar akan bengkak semula selepas beberapa lama dan penyakit itu membelenggu lagi.
 
Bagaimanapun, selepas laporan mengenai Madu Asli Iran yang disiarkan dalam akhbar ini, tidak lama dulu, segalanya berubah. Dia tidak lagi perlu menjalani pembedahan kerana tindak balas madu itu sungguh cepat sehingga lendir dikeluarkan menerusi hidung dan bengkaknya surut sebelum hilang.
 
Saya biasa amalkan madu tempatan sebab masalah kesihatan. Antaranya kemurungan, tidak boleh tidur dan paling teruk, bengkak kelenjar leher (tiroid). Saya sepatutnya dibedah Oktober lalu, tetapi kalau boleh saya memang tidak mahu dibedah kerana selepas bertanya beberapa orang yang pernah menjalani pembedahan, didapati penyakit itu datang semula.
 
Jika dibedah, saya bimbang ia sukar sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, saya bernasib baik dan selepas mengenali Madu Asli Iran, saya pun mula mencuba dan mengamalkan meminum madu itu. Malah satu keluarga saya mengamalkannya, katanya yang kini menjadi stokis Madu Asli Iran bagi kawasan Kuala Langat.
Menurutnya, dia mula mengamalkan Madu Asli Iran sejak 5 November lalu dan dalam masa seminggu, dia dapat merasakan kesan yang positif kerana tindak balas madu yang cepat dan terus membuat keputusan untuk menjadi stokis.
 
Madu ini keluarkan lendir dari badan dan dalam kes saya, lendir keluar dari hidung seperti selesema selama seminggu dan badan mula terasa ringan. Saya juga sudah boleh bersukan, sedangkan sebelum itu saya agak gemuk. Jelas, madu ini melakukan penyembuhan dari dalam. Ini yang buat saya yakin dengan madu ini dan alhamdulillah, sekarang saya sudah sihat dan tidak sakit lagi, katanya.
 
Menurut Siti Ramlah, dia juga terpaksa melupakan tugas sebagai guru tadika berikutan tidak tahan tekanan serta masalah kesihatan yang dialaminya.
Ia tadika swasta yang saya buka secara kongsi dengan rakan-rakan di Kuala Langat. Saya alami tekanan ketika mengajar dan masalah kesihatan sedangkan kalau saya kuat, saya rasa masih mampu mengajar lagi.
 
Saya mula mengajar pada 1999 dan berhenti pada 2002. Sekarang rakan kongsi saya yang uruskan dan saya tidak terbabit secara langsung, katanya.Menurutnya, amalan meminum madu harus dilakukan dengan keyakinan dan Insya-Allah, Madu Asli Iran boleh atasi masalah terutama masalah dalaman. Jelasnya, setakat ini, sambutan terhadap madu berkenaan cukup menggalakkan dan dia mengakui bisnes itu boleh mendatangkan dua perkara iaitu keuntungan dan kebaikan untuk kesihatan.
 
Madu Asli Iran dibawa masuk ke Malaysia oleh Khaula Trading Sdn Bhd selepas Pengarah Urusannya, Khaula Mohd Farouk, 27, turut mengalami beberapa penyakit dan masalah gemuk. Khaula berubat menggunakan pelbagai kaedah tetapi tidak berhasil dan pada masa sama, dia turut beli buku mengenai masalah kesihatan dan setiap buku menceritakan keistimewaan madu dan menyarankan meminumnya dijadikan amalan.
 
Pada peringkat awal, dia menggunakan madu tempatan dan ia panas tetapi belum cukup untuk menyelesaikan masalahnya. Kemudian, dia mencuba madu China, Jepun, India, Asia Barat dan beberapa negara lain tetapi masih tiada kesan.
Nasibnya baik kerana ketika mengunjungi satu pusat beli-belah yang kebetulan mengadakan pameran dari Iran termasuk Madu Asli Iran, dia dipelawa mencuba madu berkenaan dan jelas, ia serasi dengannya. Tidak hairanlah, Khaula sanggup bertungkus-lumus merentasi pelbagai halangan untuk menjadi pengedar tunggal madu dari pergunungan Khonsar di utara Iran itu sekali gus membolehkan pengamal madu di Malaysia berkongsi menikmati keistimewaan dan kelebihannya.
Pengusaha madu itu mempelawa saya minum madu selepas nampak saya kurang sihat kerana gemuk dan mudah mengah. Lagipun, apabila berjalan dengan emak, orang boleh anggap kami sebaya. Mula-mula saya tolak, tetapi kemudian saya terima pemberian percuma itu dan mengamalkan minum madu seperti disarankan. Saya anggap madu amalan turun-temurun seperti sunnah Rasulullah s.a.w., bukan untuk kesihatan.
 
Selepas habis satu botol (satu kilogram), asma saya hilang. Muka mula nampak merah dan ada tenaga untuk bersenam. Tanpa saya sedari berat badan turun walaupun saya masih beli baju besar tetapi pada 2002, saya sudah boleh pakai baju bersaiz S, katanya. Khaula kini memiliki berat badan 50 kilogram. Dari situ, dia mula faham jenis madu yang boleh menjadi ubat seperti disebut di dalam al-Quran. Dia juga belajar dan membaca pelbagai buku yang merumuskan madu memiliki banyak darjat dan darjat paling tinggi adalah tumbuhan bunga yang begitu lengkap. Dia berkunjung ke Khonsar pada 2002 untuk mendalami lebih lanjut mengenai madu. Di situ, menternak lebah untuk madu dan sarang sudah menjadi tradisi dan walaupun menyediakan rumah lebah, mereka membiarkan ia mencari makanan sendiri. Untuk mendapat ruang mengedarkan Madu Asli Iran di Malaysia bukan mudah kerana pengedar Iran itu hanya menjual kepada rakyat Iran dan tidak kepada masyarakat Melayu kerana kononnya kita kurang faham mengenai madu.
 
Selepas sihat, saya berjinak-jinak menjual madu di masjid terutama pada hari Jumaat. Saya banyak bercerita mengenai firman Allah berkaitan madu dan selepas seminggu, orang yang beli mula telefon dan memberikan reaksi cukup positif.
Jika kita amal minum madu daripada bunga pelbagai darjat, Insya-Allah masalah akan pulih. Saya terkejut apabila pelbagai masalah kesihatan mula hilang. Tetapi saya faham, kalau nak amal kena pilih madu terbaik.
 
Jadi, saya mahu menghebahkan kepada masyarakat bahawa dalam hidup ini ada satu amalan terbaik iaitu jamah madu sebelum teguk air sejuk. Jadikan madu sebagai amalan dan kadang-kadang, saya sedih apabila cuba menjual madu kepada golongan muda tetapi mereka seolah-olah jelek dengan madu, katanya.
 
Madu berkenaan mampu menghindarkan penyakit seperti kencing manis, sakit tekak, selesema, darah tinggi, batuk, sakit jantung, buasir, resdung serta asma dan lelah.
Selain itu, sistem dalaman juga turut dijaga apabila ia membantu memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, mengimbangkan diet, menguatkan tenaga, meningkatkan kecergasan serta melawaskan perut.

Enter supporting content here